Instagram

Sunday, 6 July 2014

Nasi Arab Damsyik vs Nasi Mandy Homemade

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan!

Macam mana puasa? hari ini masuk 9 Ramadhan. Cepat sangat berlalu. tunggu punya lama, dia nak pergi cepat sahaja. huhu

Anyway, back to topic.

Just sehari sebelum puasa, (sabtu), satu family pergi Nasi Arab Damsyik, Senawang. sebab teringin sangat nak rasa Nasi arab dia.

 

 So, kami cuba Nasi Arab ayam dan kambing. dan yang paling best kami order ialah Special Mix Mashwi. 





 Nampak tak muka aku seriuos tak ingat, bila dapat nasi arab?
dan nampak tak Special Mix Mashwi tepi tu? dekat gambar kakak syaurah di atas pun ada.





gambaran lebih dekat.
Sedap sangat yang ni weh! Aku pun tak sure Mashwi tu hape. tapi korang serious kena order ni bila sampai kat Damsyik. Gabungan ikan, ayam, kambing, daging bakar, dicicah dengan 3 sos iaitu sos pedas, black pepper dan mayonis. Tapi ketiga-tiga sos adalah ramuan tersendiri sebab rasa dia unik dan sedap sangat. dan semua ikan, ayam, dan daging tu, kalau kita makan, cepat sangat cair dalam mulut. boleh bayang tak? fuh!


tapi nasi arab ayam dia biasa-biasa saja. kami lebih suka nasi arab di Al-Ulfah. Just 2-3 minutes dari Damsyik ni. Even kakak Syaurah pun makan sikit ja nasi arab ni. maybe sebab ayam dia tak lembut macam Al-Ulfah. dan kambing kat Al-Ulfah lagi lembut dan banyak! tapi, kami pasti kembali ke Nasi Arab Damsyik ni, untuk Mashwi ni!


So, makan nasi arab di Damsyik (nasi arab ayam 1, nasi arab kambing 1, Special Mix Mashwi dan satu kotak Guava), Total makan di Damsyik : RM79.00



Inilah rupa kakak Syaurah masa makan di Al-Ulfah. 
masa makan di Al-Ulfah, total harga (nasi arab ayam 2, nasi arab kambing, mango lassi, milo ais : RM52.00). quite okay jugak. satu lagi yang kami suka kat Al-Ulfah ni sebab still ade air tempatan. kat Damsyik total arabian. anyway, Al-Ulfah sebelah Burgerbyte k! kalau korang nak terjah.



And last weekend, sajalah nak try buat Nasi Arab sendiri. tapi guna pack ja. 
mudah ja. cuma kena beli bahan-bahan untuk sos cicah, dan ayam! or kambing kalau korang suka.




Inilah jadinya. aku rasa kakak syaurah suka makan dekat Al-Ulfah sebab ada sup. so, aku buatlah sup ayam+brokoli+carrot. baru dia makan! nyum nyum!
puas hati. satu pack tu boleh serve untuk 4-5 orang, tapi kami makan 3 orang! hehe

ternyata aku memang sangat suka nasi arab! tak kira makan kat kedai atau homemade!

tertelan air liur taip post ni. ok, bai!


3 comments:

Anonymous said...

ayam al ulfah tu lembut sebab ayam tu sentiasa diletak dalam periuk kukus

Nur Inani said...

kitaa pun suka makan nasi arab dekat situ. memang kena dengan tekak :)

siti hazreen said...

Pernah makan kat burgerbyte...best...sedap...nanti nak cuba plak nasi arab ni