Instagram

Wednesday, 2 July 2014

My second labor experience - Nur Hasna Syauqina



 Assalammualaikum dan Salam Ramadhan semua,

aku ada siapkan cerita pengalaman kedua deliver my second baby. korang boleh baca kat bawah. tapi a bit creative sikit sebab masa tulis experience ni, aku bayangkan aku tengah ceritakan pada syaurah dan syauqina.

dan, this time. aku deliver di Kajang Plaza Medical Centre. Berbeza pengalamannya masa deliver di KPJ Kajang. [Labor Experience : Nur Hayfa Syaurah]



Penat tak baca first experience mama deliver kakak taiyah? Hehe
Sebenarnya mula-mula mama ingatkan bila nak deliver adik tina, lebih mudah. Maklum lah, bajet dah terror dan boleh hadap sakit nak deliver.
Allah nak uji. Sakit tauuuu! Lagi sakit keluarkan adik tina bandingkan dengan kakak taiyah!

Tapi baba dah ampunkan semua dosa-dosa mama sebelum adik tina keluar.
Malam tu, dalam jam 6 mama, baba, opah dan kakak taiyah sampai dekat Kajang Plaza Medical Centre.
Dr Jamil takde, so Dr. Mimi akan sambut adik tina. Lega sangatttt sebab Dr pompuan yang akan sambut.

Adik tina, tau tak? Masa mama mengandungkan adik, mama ada diabetes. Haha diabetes tu ada, masa mama pregnant ja.
Bila dah deliver, takde dah. So, mama terpaksa jaga makan sikit. Takleh makan manis-manis. Kena minum air masak ja. Tak sedap!

Masa mula pregnantkan adik tina, berat mama 65kg (dang!) sampai lah sebelum deliver, mama jadi 75.9 (dang 2 kali!)
Tapi jangan risauuuu, mama dah kurus chantik balik. Baba pun suka mama kurus balik. Hehe dia taknak mama gemuk macam lepas deliver kakak taiyah.
Dia kata mama berat. Bila dah kurus, baba kata mama sexy! Hehe

Well, berbalik pada malam mama nak deliver. Mama menangis mintak ampun dengan baba. Takut apa-apa jadi.
Ternyata, baba maafkan mama, seikhlas hati dia. Boleh nampak dari mata baba, senyuman baba. Baba memang doakan mama.

Jam 6, mama kene induce. Induce tu, nurse masukkan apentah kat  tangan mama, supaya laluan mama mudah terbuka.
Waktu tu, laluan dah buka dalam 3cm.
Masa nak deliver kan kakak taiyah, mama rasa sakit jugak tapi taklah sesakit yang kali ni.
Mungkin sebab induce tu, sangat sangat menggalakkan pembukaan laluan tu sangat cepat.
Dan mama berada dalam kesakitan yang amat sangat.
Bila contraction tu datang, mama boleh pejam mata rapat-rapat, baca doa pun tersekat-sekat.
Tapi mama tak mengalir air mata pun tau. Kuat kan mama?
Memang TUHAN tu biarkan kekuatan pada mama.

Cukup sejam mama sakit. Waktu sakit tu datang, mama dapat rasa air + darah macam makin banyak kuar.
Waktu tu jugak mama dah bagitau baba, yang rasa nak deliver sangat.
Tau tak, kakak taiyah buat apa masa mama sakit?
Yang mama ingat, kakak taiyah sikit-sikit tanya mama kat baba.
Baba dan kakak taiyah ada depan mama, duduk atas sofa bed kat dalam bilik tu.
Kakak taiyah macam biasa, aktif ja.
Tapi baba selalu suh kakak taiyah duk diam, sebab tengah sakit.
Bila tengok kakak taiyah happy, boleh buat mama senyum. Tapi senyum tu hilang bila sakit datang.
Sebab memang mama sangat sakit.

Bila nurse datang untuk check bukaan. Teng teng teng! Cukup 10cm.
Bila bukaan dah 10cm, baru mama boleh push untuk kuarkan tina.

Masa meneran pun sakit. Mama sangat sakit sampai mama terasa putus asa.
Baba kat tepi mama, duk bagi semangat pun mama tak larat sangat.
At last, adik tina kene vacuum jugak, macam kakak taiyah hehe

Kakak taiyah takboleh masuk labour room. So kena tinggal dengan opah.
Punyerlah teriak sebab takleh ikot. Sampai muntah-muntah nangis.
Kalau nangis tu, tak muntah, tak boleh ke kakak oiii? Haha

Bila adik tina dah dikeluarkan dengan vacuum with last push, mama Nampak adik tina nangis dengan tali pusat lagi hehe
Dengan tengok adik tina, kesakitan mama yang tadi, hilang terus.
Bayangkan betapa bahagia mama n baba bila tengok tina.
Sebijik macam muka kakak taiyah.
Tapi ada first time notice perbezaan.
Rambut kakak taiyah a bit curly, rambut adik tina straight!

Pasal jahit-jahit, mama takyah cite lah k. sebab yang penting, adik tina dan mama selamat dah.
Thanks nur hasna syauqina. You is our second greatest gifts from ALLAH.
Kakak, you first! Hehe
Nak tengok gambar tak?
Ada mama attached kan tu. Tengok lah. Masa mula2 adik tina lahir.


Sila lihat! Adik tina, welcome to our world!


Mama loves you both.
I wonder how many sisters/brothers you guys have when you read this?

Mama
20.05.2014




 

 Nur Hasna Syauqina @ #mytautina

1 comment:

Fadia Ayesha said...

oh, comment kat sini pulak.. Td kat first daughter labor experience. COngrats babe. Masa first daughter and now second daughter, dari mula sampai 1 week nak deliver I mmg pg KPMC for check up. But at the end, delivered kat Hospital Serdang. Thought 2nd child, inshaAllah nak deliver kat sini jugak. Dah biasa check up dengan Dr mimi. But I don't have experience deliver kat situ. Is she pro like Dr Jamil?