Instagram

Tuesday, 22 May 2012

Sexy Syaurah in the Swimming Pool

Assalammualaikum dearies! 

Tajuk macam best ja nak tengok kan? naseb baik anak aku baru 7 bulan! 

First time bawak Syaurah mandi kolam kat Kelab Komuniti Cyberjaya (fee RM5 seorang, baby free). Sebelum ni asyik mandi dalam bathtub dia, dan kami sangat takut nak bagi Syaurah mandi kolam sebab khuatir kandungan klorin lah, neck float tak beli lagi lah, Syaurah kecik lagi lah, takut Syaurah cuak lah. 

Tapi bila Syaurah dah 5 1/2 bulan, neck float dah beli, swimming suit dah beli, kami dah excited gila dan bawak Syaurah pergi swimming pool dan Just look at my Syaurah how's ready she is!


















Bila dah sampai jam 815 pagi tu, tengok-tengok takder orang langsung. Hanya kami anak beranak ja ada. Punyerlah seronok lompat-lompat! Kami pakaikan Syaurah neckfloat, dan lepaskan dia. Ingatkan Syaurah takot, sekali dia bersuka ria. Siap boleh lepaskan Syaurah bermandi manda sorang-sorang, dan mama & baba boleh mandi sama-sama (korang jangan fikir bukan-bukan ha!). Maksud aku, betapa seronok dan bebasnya bila takder orang lain. So, conquer the swimming pool!





















Setakat itu ja gambar dalam swimming pool , sebab aku lak terjun dalam kolam!HAHA dalam jam 9.00 pagi, baru ada orang lain datang. Aku pun dah segan sebab anak-anak akak tu macam gelakkan kami sebab buat-buat berenang kat kolam budak, sambil bergerak menggunakan tangan. (ingat orang luar kolam tak nampak kita macam crawling ja dalam kolam tu) HAHA


p/s: susah nak mandikan Syaurah sebab mana ada tempat mandi baby dekat Bathroom. Next time, perlu bawa Bathtub dia. senang.


p/p/s: for Breastfeed baby, make sure mommies pump susu dulu k, baby confirm lapar selepas mandi, kita pulak baru terkial-kial nak pergi bersihkan diri (kan kena syampu bagai lagi), sementara tu Baba boleh tolongkan bagi susu dalam botol tadi.


Tido lena (penat dan kenyang)



credit : Neckfloat dibeli di Lil' Rayyan Boutique (FB), sila google.
Scarfla (Beautiful Hijab) Fanpage


Monday, 21 May 2012

Majlis Berendoi & Cukur Jambul Nur Hayfa Syaurah

Assalammualaikum dearies! 

 Lamanya tak update blog. nak cerita pasal Majlis Berendoi & Cukur Jambul Nur Hayfa Syaurah. Majlis ini office aku buat, so ada 11 baby. sangat meriah! sangat awesome! dan yang tak awesomenya, Majlis ni sebenarnya last month tapi diupdate hari ini. Hari ini free sikit. 


Sekadar renungan kejap, 

Di dalam Islam, amalan mencukur rambut bayi, menyembelih haiwan (akikah) dan memberinya nama pada hari ketujuh kelahirannya, hukumnya adalah sunat. Ia bersandarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Anak yang baru lahir menjadi tanggungan sampai disembelih baginya akikah pada hari ke tujuh kelahirannya. pada hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya dan diberi nama.'' (Riwayat Ahmad dan Tirmizi). Namun pada hari ini, mencukur rambut itu dilakukan bersama-sama majlis lain seperti berendoi, marhaban, berzanji dan sebagainya. 


Jom, tengok Syaurah dalam boyan! (ejaan orang perak).

p/s: Syaurah memang tak pernah tido dalam boyan.


Hairan sekarang berada dalam apa.







collegues!








pump susu siap-siap.
*tengok, baju kami sama!*







favorite toy








Adegan 1







Adegan 2 








Adegan 3






Adegan 4





Gambar-gambar collegues yang turut potong rambut Syaurah. Syaurah dah cukur dah masa jatuh pusat (umur 10 hari), jadi Majlis ni just potong sikit jalah rambut dia. 


 Cik Mawar






Mummy Nad







My Boss, En. Nizam





'Akak' Puteri menggelabah. Adat pertama dia join. 








Syaurah dah tertido masa ramai-ramai potong rambut dia,
sila lihat gambar-gambar di atas lebih teliti haha 







Dapat duit syilling dalam bekas tupperware! 





Pendek kata, Seronok!


p/s: Scarfla (Beautiful Hijab) FB's Fanpage