Instagram

Wednesday, 29 February 2012

Dipaksa Bangun Pagi

Assalammualaikum & Selamat petang,


Korang tahu tak? my baby, Syaurah selalu tido jam 8 malam. baba Shahril pulak balik selalunya sampai jam 7. Eventhough baba yang hantar Syaurah ke taska, tapi kira-kira, 1 jam ja baba nak main dengan Syaurah sebelum dia tido lena malam. so, apa yang kami janji dengan Syaurah, bila hari cuti tiba, kami milik Syaurah sepenuhnya.


nak jadikan cerita, pagi sabtu dulu (entri lambat) , mama dan baba sangat-sangat excited nak bawak Syaurah menghirup udara pagi dekat Taman Tasik Titiwangsa (wee!). Baba siap buat breakfast roti sandwich sosej goreng bersalut sos! (sedap we). dan kami bertolak jam 9.


ingatkan nak makan dan berkelah dekat Taman tu, confirm romantik ar. sekali on the way ke sana, hujan lebat daaa.. aku dah lapar sangat ni, dari tak tahu dekat Taman tu hujan dan tak jadi berkelah, baik kami makan dalam kereta kan? (haha). sampai-sampai, tak hujan pulak. tapi bekalan dah habis! hmm...


tapi takper, kami jalan-jalan ja. dan first time Syaurah diperkenalkan dengan buaian, and she's love it! (Syaurah tak pernah tido buai). here's the pictures!



Syaurah macam mengantuk






 aku tak tipu lah. Syaurah memang suka naik buaian (nganga-nganga mulut lagi), tapi bila tangkap gambar, tak dapat nak captured lak. dapat muka ngantuk. ok, memang time dia tido balik, jam 10 pagi.






eh,eh. mama rasa Syaurah dah menyenget dah ni.
 




 ok,ok. kita stop main, Syaurah dah kritikal.







 muka mengantuk sangat-sangat.



masuk kereta, dapat air-cond, Syaurah terus tido. (haha). Mama dan baba ada buat promise baru dekat Syaurah. Promise yang bawak jalan-jalan bila bukan waktu tido Syaurah dan tak paksa Syaurah bangun pagi dah. (hahaha).


Contest Nur Hayfa Syaurah - Sticky Post

Assalammualaikum dan selamat pagi!

semalam datang ilham nak buat contest pertama untuk semua yang membaca. waktu ni lah kita nak beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim kan?

kita cerita dulu hadiahnya, boleh? hadiahnya ialah.............................




 Blossom Farm Sit Me Up bernilai RM150.00!


sesuai untuk pertumbesaran anak anda. bayi yang masih belum boleh duduk, boleh baring. sebab ada dua cara, boleh duduk, boleh  baring.anda boleh hadiahkan kepada anak anda, anak saudara, rakan-rakan atau sesiapa saja sebab Blossom Farm ini sangat comell!
nak tengok contoh model?



tapi jangan risau, hadiah merupakan BRAND NEW ok, bukan pre-loved, dan bukannya Moo-Moo Syaurah ni. Maybe Rabbit? suka tak ? suka tak?


trust me! your baby will love it! just look at Syaurah!


Caranya mudah sahaja:

1. Follow blog Mama Hasila
2. Link blog Mama Hasila di blog anda
3. Hanya tinggalkan komen ringkas tapi bermakna di entri ini, kenapa anda mahukan Blossom Farm ini?


Hanya SEORANG pemenang dicari. Tarikh tutup sehingga 29 Februari 2012 (Rabu) dan pemenang bertuah ini akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup k!


Mudah kan? apa lagi, marilah tinggalkan komen anda!

Monday, 27 February 2012

Hadiah sudah sampai tapi siapa pemenangnya? ten ten ten!

Assalammualaikum dan selamat pagi!





oyay! hadiah sudah sampai! siapakah yang bakal merangkul Blossom Farm Sit Me Up ini? ten ten ten! esok adalah hari terakhir Contest Nur Hayfa Syaurah! tepat jam 11.59 malam, the contest will be officially closed.

dan InsyaALLAH, within this week jugak lah, aku cuba finalize and cari pemenangnya! good luck everybody! dan aku senaraikan 30 calon-calon pemenang ye (setakat 28 feb), mengikut nama profile:

yumie, nora rashid, misschokodox, anah, mr and mrs zaidi, anisalya, sya sakura, ideologi hidayah, ajulaa, amelyn, ina_noorlina, shahida, fati, izhuana shamsuri, maria yusoff, noli@ibu wafa, intan, harzharun, careno, ekjozbuluh, mamalynn, prettywrite, maszmadi, kak ngah, mrs rahman, sue, lin, mommy ayun, zaza, taufikmaria.

yang lain, apa tunggu lagi? ten ten ten!

Sunday, 26 February 2012

Dari Medela Harmony to Medela Freestyle yo!

Assalammualaikum dan selamat pagi!

antara hutang entri yang aku nak buat.  Review on Medela Harmony and Medela Freestyle!


my first breastpump and i'm loving it!



sebelum bersalin suami aku belikan Medela Harmony ni. suami aku suruh aku jadi tukang survey di merata-rata (online), dan aku survey breastpump apa yang terbaik dan tidak membebankan suami aku. solehah kan? aku rasa Medela is the best. even aku tak pernah pakai lagi tapi aku rasa most of the review supported Medela. bukak website Medela pun, No. 1 Choice of Hospital! cewah!


Pada yang tak tahu, Harmony ni manual ja. first time aku pump guna harmony, macam kelakor. biasa lah mummy baru, tak reti we! pump pump, dapat lah 3oz, tapi bila aku cuba pump lagi, still ada susu kuar dan aku terus pump sampai takder susu keluar pun. cara pump yang berkesan, our breast perlu betul-betul kosong,  after that the breast can stimulate the milk again. and for first time pumping, i got 4 oz for both. clap clap!


ada yang kata kosongkan breast dulu, then bagi baby stimulate the milk, aku macam tak sampai hati nak bagi Syaurah stimulate, sebab kadang-kadang it's takes time and hati perut tak lalu nak tengok my baby macam bersusah payah nak makan/minum kan. apa yang aku rajin buat, bagi Syaurah makan/minum puas-puas, then aku pump sampai kosong. and again, kalau ibu-ibu mampu, kaedah terbaik ialah kosongkan dulu then nursing your baby. the best stimulation is from your baby. semua breastpump pun kalah!


Well, Harmony seronok gak pakai tapi penat lah sikit nak pumping. manual kan. dan susah jugak nak tandem. tandem means, bila tengah nursing, sambil pumping. salah satu cara nak dapat production masyuk is tandem! pastu bila nak basuh, susah sikit nak reach bahagian valve tu sebab reka bentuknya. terpaksa lah biarkan betul kering, then baru boleh guna semula.


ok, sampai lah abis pantang aku pump, hasilnya begitu jua. 3 @ 4 oz per session and it takes about half an hour or more to produce that amount. *alhamdulillah*. sehingga lah Syaurah nak masuk 2 bulan setengah, hasilnya tetap sama. paling banyak 5 oz per session, maybe sebab aku pengamal tegar ais batu! (jangan amalkan ye ibu-ibu). aku pasti kalau ibu-ibu tak minum ais, hasilnya pasti lebih lumayan!maka, sebelum masuk kerja, dalam 100++ oz aku kumpul.


aku ni kadang-kadang keje outstation, mengumpul stok susu itu wajib. dan sebelum aku masuk kerja, aku survey lagi breastpump, this time, i'm looking for electric breastpump! spec yang aku cari, electric and double pumping! i'm thinking of Freestyle only. tapi still  survey product-product lain. yelah, Freestyle ni bukannye Free dan harganya sangatlah style! (haha)


my lovely Freestyle and i'm super duper loving it!


first time pakai, aku rasa janggal. bukan apa, tetiba tak payah exercise tangan. biar ja tergantung! (hahaha). freestyle nama diberi kerana sambil mengepump anda free-free boleh kerja lain. first time pumping guna Freestyle ni, dapat 5 oz within 5 minutes. *alhamdulillah* ajaib kan! hasilnya masih sama cuma lebih cepat dan mudah. tengok, masih kurang/lebih sama kan hasilnya. dan yang best, boleh tandem! syaurah nursing, sebelah lagi pumping, kadang-kadang boleh dapat sampai 5 oz! sebelah ja tu. *alhamdulillah*


but after a while pumping using Freestyle, (dah serasi kot), within 10 minutes aku dapat 7 oz! *alhamdulillah* . kat office aku amalkan pumping untuk 10 minutes ja dan sekarang bila dah sebulan kerja, Syaurah dah 4 bulan, aku boleh dapat 6@7 oz per session. 2 kali session, dapat lah bawak balik dalam 12@14 oz sehari dan masih mengamalkan minum ais. sikit ja hasil aku tu. percayalah, kalau elak ais, pasti lebih lagi!jangan ikot aku!


Freestyle ni sedikit sebanyak membantu production aku, mudahkan keje aku, cepatkan keje aku. apa lagi kelebihan Freestyle? ada 2-phase impression technology in pumping. just like baby's stimulation. aku tengok Syaurah pun hampir sama. mula-mula fast and lighting sucking to stimulate, then slow and stronger sucking to deliver the milk! pumping tak sakit pun! best Freestyle ni we! Freestyle ni jugak ada rechargeable battery, aku selalu charge kat rumah dulu, then bawak pergi office. bukan apa, aku ada baca review, FS rosak bila charge dekat office. maybe volt tinggi dan tidak sesuai kot dengan FS ni.


disebabkan kesusahan breastfeeding yang aku pernah ceritakan dulu sentiasa bermain-main di fikiran aku, aku sanggup invest dalam beli Freestyle ni. memang mahal sikit Freestyle ni, tapi ada banyak cara boleh beli. ada yang main kutu, ada yang bayar ansuran. aku lak beli dengan ahli forum Kumpulan ibu-ibu Menyusukan (KIM), jumpa and cash on delivery ja.


moralnya, aku puas!


pengajaran: jangan taksub dengan breastpump mahal-mahal ni, pilih mana yang termampu dan tersesuai. Dr. Halina pun pakai Swing ja tau!ada ja review Freestyle ni tak dapat banyak hasil. come on lah, the breastpump is one of the factor ja. the main factor of your milk's production (yang lumayan hasilnya) ialah pemakanan haruslah berkhasiat, minum air haruslah banyak, doa haruslah selalu banyak dan yang paling penting, supply and demand with your baby.


bila semua kita dah amalkan, tapi susu still seperti biasa? then kena rajin power pumping. maybe take some supplement ke, ada banyak supplement yang boleh membantu. berusaha lah demi your lovely baby, dia ada hak untuk merasa kenikmatan susu ibu sehingga umur 2 tahun kan.


kalau tiada juga hasil? berdoa lah. Allah dengar doa kita. jika hanya itu sahaja rezeki dariNya, bersyukur jua pada rezeki dariNya sebelum ini. dan untuk yang masih breastfeed, setiap kali mengepump, jangan lupa ucapkan Alhamdullillah setelah selesai ye. semua itu rezeki.


Thursday, 23 February 2012

Nur Hayfa Syaurah dan kembarnya Aqeef Adany!

Assalammualaikum dan selamat pagi!


memperkenalkan Nur Hayfa Syaurah dan Aqeef Adany.

untuk pengetahuan korang, aku deliver on 23rd October 2011 (sunday, 9.15 p.m), and my sister pulak deliver on 24th October 2011 (monday, 10.15a.m). ini bermaksud Syaurah ada sepupu kembar yang berbeza 13 jam! kakak aku ni jugak lah penguat semangat aku masa dalam pantang. aku tengok dia buat stok susu, aku pun nk buat gak. tapi stok susu dia memang conquer the fridge lah! (haha)


untuk tontonan, gambar anak aku dan anak kakak aku. Aqeef ni lelaki, Syaurah perempuan.


sekali pandang, nampak dua-dua baby boy kan!






dari kiri, Aqeef dan Syaurah






kembang hidung aqeef, labuh pipi Syaurah!






dua-dua buat tak layan






mata sepet vs mata bulat






Aqeef dan Syaurah
cucu kesebelas dan cucu kesepuluh Pn. Haze dan En. Sapiri!




Wednesday, 22 February 2012

Ragam Syaurah kene cucuk dan Pneumococcal & Rotavirus Vaccine. Apa kata anda?

Assalammualaikum dan selamat pagi!


first, nk ucap terima kasih yang sudi join contest Nur Hayfa Syaurah. rasa macam nak tambah hadiah, so takdelah sorang ja merasa. tapi yang lain, dapat hadiah lain ler. idak ler teman nak bagi Blossom Sit Me Up tu. (hehe). amacam?


back to the topic! syaurah baru ja cucuk 3 bulan last two weeks, rasa nak abadikan kat sini sebab nanti syaurah baca, mesti dia gelak! kami cucuk Syaurah dekat KPJ Kajang. nak try stick kat sini kalau Paed kat situ ok. it's turn out that Syaurah suka! (kot!).


 hm, mula-mula pura-pura tido.
sebab last cucuk, jarum panjang 1 inci,sampai Syaurah nak demam.







pura-pura tido tak jadi, cuba ngorat Dr. Meena, her paed masa lahir dulu. Syaurah sengeh tanpa diagah oleh Dr. Meena. masa kene timbang, buat mata kuyu penuh syahdu kat Dr. Meena. Berat last two weeks, 5.5kg!








cubaan ketiga, buat muka comell sambil pejam-pejam mata pulak! romper dah kene bukak butang, hati Syaurah dah berdebar-debar kot! Dr. Meena ukur tinggi Syaurah, 63 cm!





apa lagi taktik Syaurah? tendang-tendang kaki pulak! sambil mengepak-ngepak tangan!




ternyata kesemua taktik Syaurah tidak berjaya! Dia selamat dicucukkan.(takde gambar dah sebab aku duk sibuk nak pegang Syaurah). tapi bangganya, this time tiada sedikit tangisan pun keluar. my baby so strong this time! maybe Dr. Meena adalah pujaan hatinya. tersengih-sengih tengok Dr. Meena. even Dr. Meena pun kata "why she's so happy to see me, you remember me now ya?" (hehe). dari pura-pura tido sehinggalah tersengih-sengih, last sekali Syaurah ok ja dengan Dr. Meena!


so next appointment, is pneumococcal vaccine for Syaurah to prevent pneumococcal infections. this vaccine sebenarnya only available kat klinik, klinik pakar kanak-kanak atau hospital swasta. elok lah kalau amik dekat hospital swasta yang lebih rapi penjagaan vaccine ini. vaccine ini mempunyai cara atau tertib dalam penyimpanannya. kadang-kadang klinik biasa (yang tidak mempunyai penyimpanan yang lebih selamat), akan menyebabkan keberkesanan vaccine akan tercemar.


dan satu lagi vaccine yang menjadi bualan hangat para ibu, Rotavirus vaccine to prevent diarrhoea. isunya sama ada vaccine ini halal atau tidak. Masa pergi jumpa Dr. Meena, Dr. Meena call sendiri their phamacist to confirm and they told in front of me (on phone) that this vaccine are TIDAK HALAL. However, masa aku pergi Klinik semalam, ada iklan rotavirus tu, dorang kata "kami kan klinik Islam, takkan nak amik Vaccine yang tidak halal".  confuse mama we! this topic dah macam pisang panas kat forum!


Syaurah tinggal dekat taska, so this kind of infections boleh berlaku atau berjangkit semasa dekat taska. so, as a lovely parents, kami kena fikirkan semua ini untuk Syaurah! decided to take pneumococcal vaccine should be enough (kata Dr. Meena). yang Rotavirus tu, selagi aku rasa was-was, memang aku takkan amik, walau hati berdebar-debar baca tentang kisah virus AGE tu kini menular.


p/s: Prevention is better than cure, right? anda bagaimana?

Monday, 20 February 2012

Al-Quran


Subhanallah. cantiknya. 



lama tak membaca Al-Quran. harapkan surah Yassin malam jumaat bersama suami. 



bila mahu khatam lagi, kawan?

credit : Dian Pelangi

Sunday, 19 February 2012

My Mr. Mama!

Assalammualaikum,

lamanya tak update! tahu kah anda contest Nur Hayfa Syaurah masih berjalan? Tarikh tutup ialah 29 Februari 2012 (tarikh yang muncul 4 tahun sekali tu!)


nak cerita tentang my Mr. Mama. en shahril yang pandai menjaga Syaurah di saat dia cuti dan aku kerja. apa yang buat aku bangga, bukan saja dia berjaya take a good care of our daughter, tetapi juga by handling susu ibu! *clap clap* !
Mama is soooo proud of you, Baba!

here some of pictures yang my Mr. Mama mms masa aku kerja.


nak bagi diam, letak aja dekat moo-moo,
dan campak mr. donkey.



confirm leka, walaupun romper tak betul,
janji diam.





cubaan bawak Syaurah ke shopping mall berduaan.
romper pakai tak betul *again*
baba lupa pakaikan Syaurah legging!



dalam carrier pun tido?





nak bagi baba senang jaga 
atau
malas layan baba? (hahaha)



aper-aper pun, aku tetap bangga! so, nanti nak outstation and nak tinggal Syaurah dengan baba, rasa percaya tu ada! he's my Mr. Mama!

Tuesday, 7 February 2012

Nursing in Public? Anda malu?

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih yang sudi masuk Contest Nur Hayfa Syaurah. Caranya cuma Follow, Link dan Komen. Tapi ada yang siap buat entry. *clap clap* terkini sudah 12 orang sertai, aku ringkaskan seperti di bawah (nama mengikut nama profile tau!)

Yumie, Nora Rashid, MissChokodox, Anah, Mr and Mrs Zaidi, Anisalya, Sya Sakura, Idealogi Hidayah, Ajulaa, Amelyn, Ina_Noorlina_Nam dan Shahida.

yang lain? mari , mari! Contest ends 29 Februari 2012! Boleh klik sini [Contest Nur Hayfa Syaurah]

so, berbalik kepada tajuk!
adakah mommies-mommies di luar sana malu untuk Nursing in Public (NIP)?
aku malu! tapi itu dulu. dulu aku sanggup taknak keluar rumah sebab nanti kalau syaurah nak menyusu, susah aku nak selak-selak. iyelah, mummy baru, semuanya tak reti. hmm, kolot betul pemikiran aku kan? (hahaha).

sekarang zaman baru dah. everybody knows, aware, support about breastfeeding and respect all the mommies. Dari dulu pun, ada Nursing @ Baby room yang disediakan, kalau korang perasan lah. dekat Jusco memang wajib ada. dulu aku ingat dekat Jusco ja ada (keluar ja pergi jusco, keluar ja pergi jusco), rupanya banyak tempat lagi yang ada. dan kelakarnya, nursing room ni tak sama walaupun di Jusco sendiri.

yang comfortable, yes. bilik untuk nursing luas (boleh masuk stroller), kerusi sandar lembut sedap, ada water heater, ruang untuk tukar pampers, semuanya tersusun indah. tapi ada yang provide bilik untuk nursing ada 2 ja. hmm, kesian pulak dekat mummy lain kan. Jusco Ayer Keroh lagi kelakar, ada ke ruang nursing bersusun 5 kerusi sandar lembut sedap tu rapat-rapat. kononnya boleh bersembang lah dengan mummy-mummy yang lain.

ada satu kaedah lagi, selain berlari-lari @ menunggu giliran ke nursing room jika anda outing bersama-sama baby anda, sebenarnya ada satu cara yang mudah boleh dipraktikkan. nak tahu?
memperkenalkan Nursing Poncho! ewah!







nursing poncho dari jenama Autumnz


tak perlu bergegas ke nursing room, tak perlu rasa kecewa tengok nursing room penuh, tak perlu tinggalkan kedai baju bayi yang tengah syok-syok shopping dan tak perlu risau baby anda menangis sekuat hati sebab lapar! dengan adanya Nursing Poncho ini, mana-mana pun boleh.



i love nursing poncho!


ada macam-macam nursing poncho dekat pasaran. tapi aku pilih BabyLove sebab bercorak macam shawl, takdelah kosong ja. kalau corak macam shawl, takderlah segan sangat sebab orang tak perasan kita tengah nursing (segan still ada). even budak yang hantar pesanan dekat meja, pun tak perasan aku tengah nursing Syaurah.

aku rasa zaman sekarang ni mommies tak perlu rasa segan untuk share all about breastfeeding. benda baik kan? tapi haruslah berwaspada. janganlah fikir semua orang boleh terima nursing in public ni ok. mungkin ada yang tersinggung. bukan sebab nursing itu salah, cuma mungkin cara atau gayanya tidak sopan. mungkin ada yang beranggapan nursing ini perkara sensitif dan personal antara ibu dan anak. tapi kita kan nak memudahkan caranya, bukanlah nak menyinggung sesiapa kan.

mommies pun kenalah berhati-hati untuk nursing in public ni. walaupun ada nursing poncho, seelok-eloknya carilah tempat yang terhujung agar anda dan orang lalu lalang selesa. (wee!)


jadi, mummy baru ni, bila nak nursing in public?
sekarang pun boleh!





Wordless Wednesday - Mama & Baba lupa beli pampers!


Wednesday, 1 February 2012

Apa yang perlu dibawa bila hantar Syaurah ke Taska

Assalammualaikum dan selamat pagi!


dalam banyak-banyak entri yang aku hutang, entri yang aku tak hutang jugak nak buat. (haha).

masa mula-mula nak start kerja, memang agak susah nak cari babysitter untuk Syaurah. aku survey beberapa taska, sebab babysitter memang takjumpa waktu tu. nak jadi cerita, aku dah hampir nak letak Syaurah dekat satu taska ni (dekat dengan rumah dan nama established jugak), bercakap dengan boss taska tu, sangat meyakinkan terutama tentang pandai@boleh handle susu ibu. unfortunately aku pangkah serta merta bila aku datang taska, bersembang-sembang dengan pengasuh dan bertanyakan hal tatatertib pengendalian susu ibu, dorang boleh tanya aku balik, 'tak ajar lagi minum susu tepung?'. tettt. pangkah itu taska.
Kata-kata : actually taska itu bagus (kot), tapi pengasuh yang kurang, malas (kot).


niat nak cuba hantar Syaurah awal sebelum masuk kerja terbantut, terpaksa cari lain. aku pun banyak-banyak doa kat ALLAH supaya dapat cari taska terbaik untuk Syaurah. nak jadi cerita lagi, terjumpa taska ni (juga sudah established). bercakap dengan boss dia, Kak Fadzilah lagi senang hati.  berjumpa dan melihat keadaan di taska buat aku lagi senang hati. bayi yang masih tidak boleh berjalan, semua duk tingkat atas (ini standard JKM ye), bayi ada 9 dan ada 10 playpen (1 spare kalau-kalau ada baby baru nak hantar) dengan 3 pengasuh tinggal kat atas, budak dah pandai berlari-lari kat bawah, dan ada bayi lain yang turut minum susu ibu. This is it! taska terbaik! (kot).


berbalik pada kisah barang yang dibawa ke taska, barang-barangnya ialah:

1. tentulah susu!

aku akan bagi 1 botol yang diperah jam 5 pagi sebelum pergi kerja (lagi fresh), 3 botol iaitu fresh milk yang diperah semalamnya, yang dalam bekas tu aku amik stok EBM (Expressed Breast Milk) dalam freezer, stok EBM perlu dicairkan semalaman. disebabkan aku takut semalaman pun tak cair, aku letak dalam bekas yang berisi air.


well, Syaurah hanya minum dalam 15oz sehari (7 pagi - 5 petang), (nanti aku cerita handle susu k!). yang gambar di atas, aku tak label nombor lagi. haish!


2. cooler box!

 perjalanan dari rumah ke taska tak sampai 5 minit pun, jadi cooler box dah cukup, beli kat Jusco, RM7.90 ja. kadang-kadang aku buh ais, kalau ais dah abis kitorang buat milo ais malam semalam, takder lah ais. tapi tahan ja, sebab sampai taska, teacher terus masukkan dalam peti ais.



3. Warmer Little Bean

warmer ni aku bagi nak senangkan teacher untuk panaskan susu nanti. sebab masa aku datang, teacher tu tengah masak air untuk nak suamkan susu ibu untuk bayi lagi sorang. aku letak ja dekat taska, mudah dan cepat. lagipun dekat warmer tu dah set 40 darjah. tak payah nak susah-susah rasa suam air. teacher liza pun kata senang. aku bagi ja teacher liza guna untuk panaskan susu ibu untuk bayi lagi sorang tu. warmer ni RM79.90, after 20% sale, kat Jusco jugak.



4. botol susu

botol susu yang aku ajar Syaurah semua dia nak. botol Medela, botol Tommee Tippee, botol Anakku pun dia ok ja minum. so aku beli Avent. pun dia suka! hehe (lega!), maybe sebab pacifier@puting Avent, so Syaurah lagi suka. botol Avent ni beli 3 botol dalam satu pack, ada sale dekat Manjaku, Bangi, dapat RM70.00 ja.



tu lah benda-benda penting, beg pakaian tu lagi lah WAJIB. aku prepare 4@5 helai baju (takot muak), tuala (tukar hari-hari), tuala kecil, pampers PET PET 5 helai, puting (tukar hari-hari), wet tissue, dan bib.

setakat ini, aku sangat puas hati dengan Taska tu. teacher liza pun hari-hari bagitahu cerita apa Syaurah buat. Hayfa (kat taska, panggil Hayfa) tiba-tiba jerit, bila dukung terus sengih (nak perhatian), Hayfa muak banyak, Hayfa minum susu banyak dan aku rasa sangat-sangat ok kat sini. usaha dah berbaloi, sekarang kami tawakal ja agar ALLAH melindungi Syaurah kami.

oh, kalau nak tahu, kami hantar dekat Taska Dunia Elit, telah berdaftar dengan JKM (itu paling penting!). boleh tengok FB dan Blog mereka. Taska Dunia Elit Blog. oh, aku hantar Syaurah dekat PUJ 6/4, baru bukak 2 bulan, baru ada 3 bayi yang ada playpen masing-masing, dan 3 budak besar. Hayfa siap dah ada buku sekolah. so comell!