Instagram

Tuesday, 31 January 2012

Wordless Wednesday - Anniversary semakin hampir!


credit : sis nyomel (kak bushra)

Kesusahan Breastfeeding dan cara atasi kesusahan tersebut - entri panjang

Assalammualaikum dan selamat petang!

seperti yang dijanjikan, aku dah lama nak buat cerita breastfeed ni. bukan apa, aku taknak mommies dan lebih utama bakal mommies rasa apa yang aku rasa. *mode sedih sudah mari*

aku pernah cerita tentang kelahiran Syaurah kan? [Labor experience (Nur Hayfa Syaurah)], hari pertama Syaurah lahir, yang dia tido dan tak menyusu, ditambah dengan aku yang tak pandai menyusukan ni. hmm, itu malam pertama lahirnya budak kecik.

petang esoknya aku discharge dari Hospital. sebelum discharge, aku beritahu nurse my baby tak menyusu pun. bila nurse tanya nak bagi susu formula ke? dengan BODOHnya, aku jawab, 'ok'. aku jawab 'ok' dengan naluri ibu yang risaukan anaknya yang tak menyusu hampir seharian. shahril aku pun tak kata apa. kami tidak tahu.

please, jangan kritik kami dulu, aku pun sedih mengenang apa yang aku dah buat dengan my baby, berapa kali aku terhenti menaip kerana TERLALU sedih. bayi sekecil itu sudah disumbat susu formula.

aku pernah baca, bayi perlu diberi susu 2 jam sekali. 2 jam kemudian, aku cuba nak menyusukan my baby. unfortunately, my nipple pulak inverted. my baby pun tak pandai hisap. kali ni, aku sendiri beritahu nurse 'tolong berikan susu, my baby tak nyusu jugak'. Kalah lagi. tapi lucky us, datang nurse garang beritahu sikit ilmu tentang breastfeed. dia jugak tolong tunjuk ajar naikkan nipple dan tarik nipple ke mulut baby. cara nak tarik keluar nipple kita dari mulut baby dan macam-macam lagi buat aku ternganga. mommies boleh tarik inverted nipple guna penyedut ubat (aku tak ingat nama, ala yang kite sedut ubat, pastu bagi baby makan tu!) potong dua, then tarik nipple guna benda tu supaya nipple dapat timbul.

oh ya, susu awal pada ibu yang dipanggil colostrum adalah yang paling berkhasiat, aku bersyukur masa cuba pump, keluar cecair kuning dan aku berikan pada Syaurah, waktu tu aku tak tahu itu colostrum. oh, syukur, dapat jugak colostrum tu pada Syaurah.


tahukan anda perut bayi yang baru lahir sekecil buah ceri? jadi, jangan risau sekiranya susu anda kurang pada bayi seusia 5hari. hm, aku baru tahu. jumlah susu yang ada pada kita, sesuai dengan amaun yang diperlukan oleh bayi. jadi tak payah nak nangis-nangis, rasa susu tak der ye. (perli diri).


bila dah tarik nipple dan masukkan kat dalam mulut my baby, baru aku dapat rasa nikmat jadi ibu. kuat my baby sucking rupanya. yes, i did know  that there is two things that newborn baby know, CRYING and SUCKING. masalah nak menyusukan anak dah sedikit pandai, masalah kedua timbul. SUSU KURANG.


 itu perut mak aku, bukan aku.

 the first three days, aku sangat-sangat struggle nak menyusukan Syaurah. aku tak pandai. aku dapat rasa Syaurah menghisap sampai sakit jugak nipple aku, tapi aku jugak dapat rasa Syaurah macam tak puas. entah berapa kali aku menangis sorang-sorang, pernah jugak aku sangat lemah dan menangis dengan shahril aku. untung aku dengan adanya suami yang tenangkan aku.

 aku cuba pump guna breast pump pertama aku beli (laki aku yang beli), Medela Harmony. (nanti aku review pasal BP ni). hasilnya, ada lah berapa titis, tulah sebab aku bayangkan susu aku tak banyak. mak aku pulak suh bagi susu tepung. shahril aku tukang beli ler. mak aku jugak telah sumbatkan Syaurah air masak kat Syaurah pada minggu pertama hidupnya di dunia ni. hmm, Kalah lagi. *terhenti menaip sekali lagi*.(jangan judge mak aku, mak-mak dulu-dulu memang tidak berfikiran seperti mummy baru, mereka lebih ingin utamakan baby kenyang dan nak hilangkan sedu baby atau nak biasakan baby dengan air masak) hmmmm...

sebenarnya ada banyak cara macam mana nak tambahkan susu. mommies boleh buat Power Pumping (PP). PP bermaksud pump breast anda sebelah kanan selama 10 minit, kemudian pump breast anda sebelah kiri pula juga selama 10 minit (untuk breastpump single pumping). untuk breastpump double pumping, pump kedua-dua breast selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit. situasi ini mommies semua boleh buat selama 1 jam. lebih digalakkan buat antara 12 mlm - 6 pagi, katanya waktu ni susu kita lagi banyak keluar.

ada banyak cara lagi, nanti cerita di entri lain boleh?




walau macam manapun, mak aku selalu tenangkan aku, balik ipoh, urut supaya susu badan boleh keluar banyak. Alhamdulillah, balik ipoh pada Syaurah berusia 6 hari, susu badan sudah bertambah. Syaurah pun dah pandai mahukan susu mamanya. dah urut, susu dah mahu keluar, Syaurah dah pandai menghisap, muncul masalah ketiga, SAKITNYA NIPPLE.




sakit tahu nipple bila baby sucking. tambah-tambah my baby akan menyusu setiap 2 jam. bayangkan waktu malam, nipple aku ni dah pecah sikit, keras dan pedihnya macam nak terluka. my Syaurah lah bila nak start menyusu mesti nak tarik-tarik nipple dulu, kononnya macamn nak start gear (hahaha), aku ni menahan sakit ja lah. Ya Allah, sakit tahu?! entah berapa kali jugak lah aku teriak sorang-sorang sebab sakit sangat. tambahan pulak, kali ini shahril aku tiada di sini. baru aku dapat rasa yang ibu berpantang sangat beremosi. (pasal sakit berpantang aku cerita kat entri lain k! penting gak tu!)

cara nak atasi sakit nipple ni, cara traditional, picit nipple dulu sampai ada susu keluar, kemudian ratakan susu di sekeliling aerola nipple agar tidak kering sebelum baby hisap. kalau kering dan baby hisap, akan bertambah sakit! ada juga yang sapu cream. ada yang pernah luka berdarah tau!

dengan sakitnya nipple, dengan tak cukup tido, dengan bertungku, sakitnya berurut, sakitnya tiada cinta hati memberi sokongan,!sakit itu berlarutan sampai lah habis pantang. tahu macam mana aku boleh jadi kuat. ini aku WAJIB berterima kasih kat kawan aku, SITI HAWA. entah macam mane dia boleh tanya aku, still breastfeed ke kat Syaurah. aku cerita perihal Syaurah dah rasa susu formula dan air masak kat dia. Dia yang nasihatkan aku tentang bahayanya atau tidak berkhasiatnya susu formula terhadap bayi kita. untuk kuatkan aku, dia add aku dalam KUMPULAN IBU-IBU MENYUSUKAN (KIM). She's my guardian angel!





sejak aku kenal KIM ni lah aku lebih banyak belajar. tambah pula, shahril aku tukarkan nombor baru untuk aku supaya boleh berinternet selalu. semangat nak breastfeed, sangat-sangat tebal. banyak mommies yang membantu. sehingga kini, Syaurah umur 3 bulan, 3minggu, 2 hari, Syaurah masih ada rezeki dapat rasa susu mama dia. (hehehe). stok EBM (Expressed Breast Milk) pun aku dah buat masa dari pantang lagi. Alhamdulillah. rezeki Syaurah. nanti aku cerita ibu berkerjaya (kononnya aku lah tu) menghandle tatatertib breastfeeding ni.


dah best-best berjaya buat stok almost 100oz untuk Syaurah sebelum kerja, datang masalah keempat, KATA-KATA ORANG. masuk kerja pasti ada yang akan tanya sama ada breastfeed atau tidak. pakai breastpump apa, banyak ke stok. kadang-kadang stress tahu? dah ler kite ni tak bole stress, susu taknak keluar kalau stress tahu! jadi bila kes-kes macam, pekakkan telinga ja. bila terjadi kat kita, memang rasa nak sembur balik tapi at the end, tak dapat apa pun. sikap orang, mesti nak sibuk bertanya.


tapi takper, sebab kadang-kadang aku bangga dengan shahril aku, sebab bila ada yang tanya, baby minum susu jenama apa, sebelum sempat aku jawab, shahril aku akan jawab, "susu ibu sepenuhnya". shahril aku pun dah pakai handle susu ibu (ini kisah di entri lain ye, banyaknyer entri aku kene buat!)


oh ya, aku jugak sambung berinvest untuk beli Medela Freestyle dan semuanya sebab Syaurah. aku nak tebus balik apa aku dah buat dekat dia masa dia kecik dulu. dekat KIM, ibu yang berjaya menyusukan bayi sehingga umur 6 bulan dianugerahkan Diploma, 9 bulan dianugerahkan Ijazah, Setahun dianugerahkan Master dan 2 tahun dianugerahkan PhD (seingat aku, tolong betulkan ye). jadi misi aku mahu breastfeed Syaurah sedaya mampu, selagi rezeki dilimpahkan.


dan untuk tontonan kamu semua dan Syaurah bila besar nanti (hai Syaurah dan adik-adik), gambar Syaurah setelah sentiasa dikenyangkan dengan susu mama.


masih memakai barut, muka ceria nak mandi!



tido nyenyak!



muka kenyang



dah kenyang, ajak menyembang




tough anak mama




pandai smizing!



pandai gelak





muka mengantuk tapi nak berjalan-jalan



Syaurah tak suka tutup kepala!!
jangan ler sampai besar tak sukanyer ye.

Monday, 30 January 2012

Wrist Rattle untuk Syaurah sudah sampai! (short entry)

Assalammualaikum and morning! short entry sambil amik mood nak cerita pasal breastfeeding. nak pergi lunch dulu, sebab mama yang breastfeed cepat lapar!

wrist rattle sudah sampai, tak sabar nak pakaikan dekat Syaurah!

just bought a wrist rattle for Syaurah,
agar my baby tu tak isap jari dah!

cari kat FB : Zikry Kidswear

miss my Syaurah!


 model tengah bergambar dengan mainan baru!

Wednesday, 11 January 2012

Labor experience (Nur Hayfa Syaurah)

Assalammualaikum dan morning,semua!

Aku rase aku nak start belog ini dengan my first labor experience. sudi baca? post pasal bersalin ni selalunya panjang-panjang!

Expected due date (EDD) aku on 4 November 2011 ( 2 hari sebelum Raya Haji). sebelum ke part unexpected, perlu aku nyatakan kat sini, aku dan suami aku ingat we're expecting a baby boy. dengan yakinnya, hanya Muhammad Qa'eid Adha di fikiran kami. (Qa'eid - Ketua, Adha - Raya Haji). Nama baby girl, ada jugak. cuma aku tak pernah terfikir nak menyatupadukan nama perempuan elok-elok.


tiap-tiap malam, memang dah jadi habit, jam 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi, confirm aku akan ke tandas. biasalah, bila dah dekat ni, kerap buang air kecil. Pagi 23 Oktober tu, aku bangun jam 6.00 pagi nak ke tandas, ada darah meleleh pulak. cuak!


aku tetap buang air kecil macam biasa, masa duduk kat tandas, tiba-tiba otak aku berligar semua cerita deliver yang pernah aku dengar dan baca kat internet. Yang pecah air ketuban, yang ada blood spot, macam-macam lah. Tapi aku maintain dengan menunggu sakit contraction.


nak kejut encik suami, tak sampai hati, dia sedang lena berdengkur, jadi biarkan aja. aku tunggu rasa sakit. Tak solat subuh lah aku, sebab darah yang keluar. (dah pakai pad). bila encik suami terjaga, aku kata
"Lala rasa Adik nak keluar hari ni". we used to called our baby, Adik, sebab takut dia kecik hati bila kami panggil Qa'eid. hmm, ada hikmah!
melompat laki aku!
"tapi tak sakit pun, biar dulu lah".


so, pagi tu suami aku settlekan semua kerja dia, handover mana yang patut. aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah. suami aku mintak call bila sakit. tapi aku tak rasa sakit. ok, ada rasa sakit macam sakit perut nak cirit. aku cuba kira selang sakit tu, tapi tak konsisten pun. jap setiap 30 min, jap setiap 15 min. pastu aku malas dah nak kira.


sepanjang hari aku tak makan. tak lalu. cuma minta suami aku belikan bubur McD (makanan terakhir sebelum berpantang). Jam 3 petang aku tido sampai jam 5 petang, tu pun terjaga sebab rasa sakit pulak. oh, mungkin sakit contraction sudah mariiii!! aku call mak tanya, nak pergi hospital ke tak. kakak aku pulak bising kenapa tak pergi pagi tadi. Masalahnya, aku tak sakit!!


Jam 6 petang aku mandi dan siap-siap jugak ke hospital. Bag aku dan bakal baby memang dah siap pack sejak seminggu lepas. Dalam kereta, baru terasa sakit sampai cakap adui,adui,adui! tarik nafas ikut hidung panjang-panjang, hembus ikut mulut panjang-panjang. hmm, lega! Jam 7 tepat, sampai KPJ Kajang Specialist Hospital. and here the drama....


Beratur di Emergency Counter.

Lelaki itu: iye, boleh saya bantu?
Aku: Saya rasa saya nak deliver. Pagi tadi dah turun darah. (Suami aku senyap)

Lelaki tadi call someone, bagitahu keadaan seorang perempuan berjubah hitam biru, berselendang, muka tak cantik dan tersengih-sengih. oh, aku lah tu!

Lelaki tadi ambil wilcha (wheelchair) dan suruh aku duduk. dan tersengih-sengih jugak aku kena tolak ke labor room bertemankan suami aku yang kerut-kerut dahi dan kadang-kadang gelak tengok aku.

Sampai labor room, aku kena salin baju dan seorang nurse temankan aku. (tolong bukak dan pakaikan baju). aku namakan dia nurse 1.

Nurse 1: Baring dulu eh puan.
Aku: Nurse 1, mula-mula kena buat apa.
Nurse 1: kita nak check bukaan berapa, sebelum call Dr. Puan, dengan Dr. Ras kan?
Aku: a'ah. a'ah. (dalam hati, nak kena seluk dah!)

Aku baring. melalui pembacaan dan pendengaran, seluk itu sakit.

Nurse 1: Tarik nafas panjang-panjang ye.

Nurse 1 kerut-kerut dahi.

Nurse 1: tak sakit ke puan?
Aku: sakit macam sakit perut biasa ja.
Nurse 1: ni dah buka 8 cm ni.
Aku: ha?
Nurse 1: betul ke tak sakit? saya mintak nurse lain checkkan pulak ye.
Aku: (pulak)
Nurse 2: eh, ni dah bukak 8 cm ni. tak sakit eh?
Aku: sakit jugak tapi boleh tahan lagi.
Nurse 2: boleh lah, call Dr. Ras.



Jam 7.30 malam. aku dan suami aku ja dalam labor room. tangkap-tangkap gambar sikit. aku macam dah start sakit dan senyum agak kelat. (tak payah lah tampal gambar aku kat labor room kat sini, pucat!)

Shahril: Nurse 2, boleh tak saya nak pergi solat dulu?
Nurse 2: hmm, saya risau Dr. Ras sampai ja, dia pecahkan air ketuban, terus baby keluar.
Shahril: ok, saya tunggu dulu lah.

Masa ni, Nurse 1 tengah cucuk tangan aku, nak masukkan air, lepas tu, dia letak heart monitor untuk monitor baby's heart. ternyata agak tidak menentu sebab aku selalu tido mengiring (dah pernah baca jugak), so aku kene mengiring ja, baru degupan jantung baby ok. Dr. Rasliza sampai, dia terus siap-siap dan nak menyeluk.


Dr. Ras: baru 7 cm ni. tak sakit ke?
Aku: sakit. tapi boleh tahan lagi.
Dr. Ras: ok, kite tunggu 10 minit, tengok bukaan lagi. InsyaAllah.
Aku : ok.

Lepas 10 minit, di mana aku seorang dalam labor room tu, sedang tengok jam kat dinding. Terfikir jam berapa baby ni nak keluar. Mulut aku pun sering baca ayat Nabi Yusof dalam perut ikan paus tu, dengan teknik pernafasan yang betul. (aku rasa betul kot, sebab sakit pun kurang). Jam 7.55, Dr. Ras masuk semula nak seluk. Sebelum tu, Dr. Ras tengok mesin yang tunjuk sela contraction aku kot.
Dalam masa 10 minit jugak, Nurse 1 datang tolong seluk lagi. Nurse 1 kata dah 8 cm. hm, tadi dia check 8cm jugak. Nurse 1 jugak telah men'shave' miss V aku dalam masa aku tahan sakit.(malu). ternyata sakit yang dinantikan telah tiba.

Jam 8.05, Dr. Ras masuk labor room lagi. seluk lagi.

Dr. Ras: ok, dah 8 cm. kite tunggu 10 ye. kalau sakit, sedut gas lah. ok?
Aku: mane nak sedut gas tu?
Dr. Ras: ada kat atas tu, saya suruh husband awak solat dulu lah ye, boleh doakan awak.
Aku: ok. (sambil menyedut)

Dalam keadaan mengiring, aku sedut gas bila contraction datang. tiap kali aku sedut gas tu, aku jadi tertido dan longlai, tapi still dengar suara-suara yang ada dalam labor room tu.

Shahril: Lala, lala ok?
Aku: hm, dah start sakit sangat.
Shahril: takper, abg ada ni. abg doakan lala dah.
Aku: Abg ampunkan segala dosa lala tak?
Shahril: iye, abg dah ampunkan semua dah. Abg doa yang lala selamat lahirkan adik ok?
Aku: Ok.

Dr. Ras masuk lagi. aku harap sangat waktu ni, dah boleh teran (macam aku baca kat internet jugak). Dr. Ras kata dah 9 cm, tunggu 1 cm ja lagi. Dr. Ras kata kalau ada rasa nak teran, tahan dulu. Jam 8.35, aku memang dah rasa nak teran. aku dah kata kat Nurse 1 dan Nurse 2, aku nak teran.

Buat kali terakhir, Dr. Ras seluk dan bukaan dah 10 cm. waktu aku masih tahan sakit, baca doa, shahril berdiri sebelah kanan aku,usap kepala sambil kumat kamit baca doa untuk aku, Nurse 1 dah abis keje, Nurse 2 tengah buat ape ntah, Nurse 3 dan Nurse 4 muncul. Aku dah baring macam biasa, Dr. Ras berdiri kat tengah dua kaki aku, satu tangan aku tak nampak, satu tangan lagi kat perut aku. Nurse 2 mintak shahril bagi semangat dan banyakkan doa, Nurse 3 berdiri sebelah kiri aku, tengah bagi nasihat, teran jangan angkat bontot, Nurse 4 berdiri sebelah Dr., tengok-tengok kangkang aku (nak tengok kepala baby kot) dan Nurse 1 dah balik. aku tak pasti sama ada Dr. Ras dah pecahkan air tekuban ke belum. dah kot.

Dr. Ras: bila rasa nak teran, teran ye.
Aku: saya nak teran, saya nak teran.
Dr. Ras: ok, teran.
Nurse 3: pushhh,pushhhhhh, hasila!!!
Aku: ehemmmmmmmm (memang rasa macam nak membuang)
Shahril: pushhh sayang, pushhhh!!!
Nurse 2: lagi,lagi..push lagi hasila..pushhhh!!!!
Dr. Ras: Lagi...pandai,pandai...pusssshhhhhh lagi!!jangan jerit, push ja.
Aku: (sedang menge'push'). Nurse 3 tolong tolak kepala aku ke depan.
Nurse 3: pussshhhhh, jangan tutup mata, bukak!
Aku: dah tak rasa nak push. jap,jap. (bilik beraircond, tapi aku dah berpeluh)
Nurse 3: bila nak push, kepala ke depan, teran, dan jangan jerit. bukak mata.
Dr. Ras: whenever you ready. bila rasa nk push, push.
Aku: saya nak push.
Dr. Ras + Nurse 2 + Nurse 3 + Nurse 4 : ha, ok, push hasila!push!!
Aku: ha, takjadi push.
Dr. Ras: false alarm ye.
Aku: saya nak push.
Dr. Ras: ok,pushhhh!
Nurse 2: pushhh hasila, hasila, pusshhhh!
Dr. Ras + Nurse 2 + Nurse 3 + Nurse 4: kepala baby dah nak keluar!!! push lagi,hasilaa!!!

aku sememangnya dah tak larat nak push. tenaga takda. bubur McD tak cukup bagi tenaga kat aku. Nurse 3 bagi aku minum air kosong. Dr. Ras dah bagi signal apa ntah dekat Nurse 4. aku dapat rasa Dr. Ras macam suntik dekat dengan miss V aku. aku dah dapat agak. Episiotomi. (baca kat internet). gunting sikit bagi laluan baby keluar. Jam 8.50 sampai 9.00 aku push lagi, sama adegannya macam di atas. Nurse-nurse bagi semangat, jerit nama aku suruh push, shahril pun bagi semangat dekat aku. aku macam dah tak larat nak push.

tiba-tiba Dr. Ras kata, "push sekali ja lagi, sekuat hati." aku pun push dengan semangatnya. dannnnn lepas tu, tepat 9.15 malam, aku dengar suara bayi menangis. Nyaring. Perut rasa kempis dan lembik. Aku nampak Dr.Ras pegang dan angkat baby aku.

Dr. Ras: hasila, tengok baby, tengok baby apa.
Aku : (dalam keadaan penat, tutup mata, dengan confidentnya) Baby boy eh?
Dr. Ras + Nurse 2 + Nurse 3 + Nurse 4: heyyyyy, baby girlllll!!!
Aku : (tengok shahril) baba, baby girl!
Shahril: aah, baby girl. takper, janji semua selamat.
Aku + Shahril : (gelak)

Shahril disuruh keluar, nurse-nurse dengan kerja masing-masing. Nurse 2 timbang berat baby. 3.18kg. Tinggal aku dan Dr. Ras ja dalam labor room. Dr. Ras korek dalam dari miss V aku, nk buang uri. pastu tengah jahit luka aku. aku rasa jahit luka lagi lah sakit dari contraction tadi. sambil tu, dia tanya.

Dr. Ras: ingat baby boy? scan aritu saya kata baby boy ke?
Aku: saya scan dekat klinik biasa dulu, 2kali, nampak nonet.
Dr. Ras: saya scan nampak baby girl, tapi awak tak tanya jantina, saya pun tak bagitahu. takut nak surprise kan. keadaan baby ok, alhamdulillah dan syukur.  maybe yang nonet tu, tali pusat dia.
Aku: mungkin kot. hmm, Dr., rasa sakit lah kena jahit. terasa jarumnyer.
Dr. Ras: saya bius lagi ye, tapi bius nak gunting. bius tadi dah abis kot.

bila dah siap jahit, shahril pun dah telefon mak ayah kami bagitahu kami dah selamat, Nurse 2 datang bawak anak aku, dan letak dekat dada. Subhanallah. perasaan waktu tu, hanya Allah yang tahu. perasaan dihadiahkan pangkat IBU atau MAMA yang anak aku akan panggil aku nanti. tapi heran, aku tak nangis macam yang aku baca kat internet. Psiko jugak sebenarnya. ingatkan aku akan nangis, tapi tak. aku gelak sorang-sorang ja tengok anak aku kat dada ni.

Aku dipindahkan ke bilik aku selepas semuanya selesai. tinggallah aku, suami aku dan seorang bayi comel dalm bilik. malam tu, aku tak tido langsung. aku hantar sms pada semua orang, kata aku dah bersalinkan baby girl (yang semua orang terkejut jugak), aku tengok internet, cari nama untuk budak kecik ni sampai pagi, aku tengok tv tapi apa yang aku nampak ialah keadaan dalam labor room tadi. sakit tadi? aku dah lupa. tengok anak aku, aku sengih.


encik suami penat, tido dekat katil sebelah.


Niat hati mahu exclusive breastfeeding, (ni aku cerita later), tapi aku yang cetek pengetahuan ni, tak pandai nak susukan anak aku. tapi nasib dia tak nangis malam tu. kadang-kadang ja tiba-tiba dia jerit. lapar kot. lepas aku peluk, dia diam. sepanjang malam tu, dia tak nyusu pun. aku tak pandai, dia pun tak bangun. (ok, later aku cite pasal breastfeeding ni).

sampai sekarang, keadaan dalam labor room tu masih segar dalam kepala aku. korang tahu tak, masa Dr. Ras suruh aku push sekuat hati tu, rupanya baby aku kene vacuum. sebab aku dah tak larat sangat, tulah, siapa suruh tak makan.

oh ya, pengajaran. bakal mama perlu baca pasal pengalaman bersalin supaya lebih bersedia. baca jugak pasal postnatal. waktu berpantang adalah waktu paling mencabar masa jadi mama expecially when you're mentally breakdown and your husband are not around. (ni pun akan cerita later).

Dan selepas beberapa hari, my baby was named Nur Hayfa Syaurah.

It's really like a dream when my baby turns
from this
|
|
V


to this
|
|
V




can't wait to watch you grow, dear!

Bismillah-hirrahman-nirrahim dan Assalammualaikum!

Bismillah-hirrahman-nirrahim dan Assalammualaikum!
Nama aku Hasila. Nama suami aku Mohd Shahril Samad. Nama anak aku Nur Hayfa Syaurah.

Pengenalan ringkas sebentar tadi. Kewujudan blog 'Dulu Gadis, Kini Mama' adalah disebabkan aku dah lupa password belog dan emel aku. (urat banyak putus kot masa lahirkan my baby, ohh, my baby).

Kenapa 'Dulu Gadis, Kini Mama', sebab aku start blogging masa nak kahwin, i'm a Blogger Bride Forever. weehuu! sangat rindu buat preparations. Dari Gadis yang membelog tentang hal kahwin, dan kini kepada hal lebih serius, menjadi Career Mama yang membelog tentang kehidupan indahnya.

oh, ya! aku juga seorang isteri yang bahagia dengan seorang suami, yang support aku membelog supaya bila anak (atau anak-anak) kami dah besar, boleh baca penulisan mama mereka. maka, kata-kata dalam belog ini perlu lebih bermotivasi. keng!

pada bakal-bakal pembaca, selamat membaca!

this is my baby, fresh from the 'oven', born on 23rd Octoer 2011.
you all just wouldn't believe how she looked like right now!

jangan segan-segan tinggalkan link di komen!