Instagram

Wednesday, 22 February 2012

Ragam Syaurah kene cucuk dan Pneumococcal & Rotavirus Vaccine. Apa kata anda?

Assalammualaikum dan selamat pagi!


first, nk ucap terima kasih yang sudi join contest Nur Hayfa Syaurah. rasa macam nak tambah hadiah, so takdelah sorang ja merasa. tapi yang lain, dapat hadiah lain ler. idak ler teman nak bagi Blossom Sit Me Up tu. (hehe). amacam?


back to the topic! syaurah baru ja cucuk 3 bulan last two weeks, rasa nak abadikan kat sini sebab nanti syaurah baca, mesti dia gelak! kami cucuk Syaurah dekat KPJ Kajang. nak try stick kat sini kalau Paed kat situ ok. it's turn out that Syaurah suka! (kot!).


 hm, mula-mula pura-pura tido.
sebab last cucuk, jarum panjang 1 inci,sampai Syaurah nak demam.







pura-pura tido tak jadi, cuba ngorat Dr. Meena, her paed masa lahir dulu. Syaurah sengeh tanpa diagah oleh Dr. Meena. masa kene timbang, buat mata kuyu penuh syahdu kat Dr. Meena. Berat last two weeks, 5.5kg!








cubaan ketiga, buat muka comell sambil pejam-pejam mata pulak! romper dah kene bukak butang, hati Syaurah dah berdebar-debar kot! Dr. Meena ukur tinggi Syaurah, 63 cm!





apa lagi taktik Syaurah? tendang-tendang kaki pulak! sambil mengepak-ngepak tangan!




ternyata kesemua taktik Syaurah tidak berjaya! Dia selamat dicucukkan.(takde gambar dah sebab aku duk sibuk nak pegang Syaurah). tapi bangganya, this time tiada sedikit tangisan pun keluar. my baby so strong this time! maybe Dr. Meena adalah pujaan hatinya. tersengih-sengih tengok Dr. Meena. even Dr. Meena pun kata "why she's so happy to see me, you remember me now ya?" (hehe). dari pura-pura tido sehinggalah tersengih-sengih, last sekali Syaurah ok ja dengan Dr. Meena!


so next appointment, is pneumococcal vaccine for Syaurah to prevent pneumococcal infections. this vaccine sebenarnya only available kat klinik, klinik pakar kanak-kanak atau hospital swasta. elok lah kalau amik dekat hospital swasta yang lebih rapi penjagaan vaccine ini. vaccine ini mempunyai cara atau tertib dalam penyimpanannya. kadang-kadang klinik biasa (yang tidak mempunyai penyimpanan yang lebih selamat), akan menyebabkan keberkesanan vaccine akan tercemar.


dan satu lagi vaccine yang menjadi bualan hangat para ibu, Rotavirus vaccine to prevent diarrhoea. isunya sama ada vaccine ini halal atau tidak. Masa pergi jumpa Dr. Meena, Dr. Meena call sendiri their phamacist to confirm and they told in front of me (on phone) that this vaccine are TIDAK HALAL. However, masa aku pergi Klinik semalam, ada iklan rotavirus tu, dorang kata "kami kan klinik Islam, takkan nak amik Vaccine yang tidak halal".  confuse mama we! this topic dah macam pisang panas kat forum!


Syaurah tinggal dekat taska, so this kind of infections boleh berlaku atau berjangkit semasa dekat taska. so, as a lovely parents, kami kena fikirkan semua ini untuk Syaurah! decided to take pneumococcal vaccine should be enough (kata Dr. Meena). yang Rotavirus tu, selagi aku rasa was-was, memang aku takkan amik, walau hati berdebar-debar baca tentang kisah virus AGE tu kini menular.


p/s: Prevention is better than cure, right? anda bagaimana?

5 comments:

careno said...

yes... tambah hadiah plzz... hehehe...

Rosidah Binti Muhamad said...

salam perkenalan mama syaurah..
bagus info pasal rotavirus ni, t.kasih sb share kat sini.. :)

Dulu Gadis, Kini Mama said...

hai rosidah!
erm, ada khabarnyer yg rotavirus tu tidak halal.
lagipun ni vaccine tambahan,selagi tidak memudaratkan, tak perlu amik.

Mr n Mrs Zaidi said...

wah2 macam gaya dibuatnya yek..geram sy tgk...

Anonymous said...

klinik mana yang letak iklan rotavirus dia halal tu?