Instagram

Wednesday, 1 February 2012

Apa yang perlu dibawa bila hantar Syaurah ke Taska

Assalammualaikum dan selamat pagi!


dalam banyak-banyak entri yang aku hutang, entri yang aku tak hutang jugak nak buat. (haha).

masa mula-mula nak start kerja, memang agak susah nak cari babysitter untuk Syaurah. aku survey beberapa taska, sebab babysitter memang takjumpa waktu tu. nak jadi cerita, aku dah hampir nak letak Syaurah dekat satu taska ni (dekat dengan rumah dan nama established jugak), bercakap dengan boss taska tu, sangat meyakinkan terutama tentang pandai@boleh handle susu ibu. unfortunately aku pangkah serta merta bila aku datang taska, bersembang-sembang dengan pengasuh dan bertanyakan hal tatatertib pengendalian susu ibu, dorang boleh tanya aku balik, 'tak ajar lagi minum susu tepung?'. tettt. pangkah itu taska.
Kata-kata : actually taska itu bagus (kot), tapi pengasuh yang kurang, malas (kot).


niat nak cuba hantar Syaurah awal sebelum masuk kerja terbantut, terpaksa cari lain. aku pun banyak-banyak doa kat ALLAH supaya dapat cari taska terbaik untuk Syaurah. nak jadi cerita lagi, terjumpa taska ni (juga sudah established). bercakap dengan boss dia, Kak Fadzilah lagi senang hati.  berjumpa dan melihat keadaan di taska buat aku lagi senang hati. bayi yang masih tidak boleh berjalan, semua duk tingkat atas (ini standard JKM ye), bayi ada 9 dan ada 10 playpen (1 spare kalau-kalau ada baby baru nak hantar) dengan 3 pengasuh tinggal kat atas, budak dah pandai berlari-lari kat bawah, dan ada bayi lain yang turut minum susu ibu. This is it! taska terbaik! (kot).


berbalik pada kisah barang yang dibawa ke taska, barang-barangnya ialah:

1. tentulah susu!

aku akan bagi 1 botol yang diperah jam 5 pagi sebelum pergi kerja (lagi fresh), 3 botol iaitu fresh milk yang diperah semalamnya, yang dalam bekas tu aku amik stok EBM (Expressed Breast Milk) dalam freezer, stok EBM perlu dicairkan semalaman. disebabkan aku takut semalaman pun tak cair, aku letak dalam bekas yang berisi air.


well, Syaurah hanya minum dalam 15oz sehari (7 pagi - 5 petang), (nanti aku cerita handle susu k!). yang gambar di atas, aku tak label nombor lagi. haish!


2. cooler box!

 perjalanan dari rumah ke taska tak sampai 5 minit pun, jadi cooler box dah cukup, beli kat Jusco, RM7.90 ja. kadang-kadang aku buh ais, kalau ais dah abis kitorang buat milo ais malam semalam, takder lah ais. tapi tahan ja, sebab sampai taska, teacher terus masukkan dalam peti ais.



3. Warmer Little Bean

warmer ni aku bagi nak senangkan teacher untuk panaskan susu nanti. sebab masa aku datang, teacher tu tengah masak air untuk nak suamkan susu ibu untuk bayi lagi sorang. aku letak ja dekat taska, mudah dan cepat. lagipun dekat warmer tu dah set 40 darjah. tak payah nak susah-susah rasa suam air. teacher liza pun kata senang. aku bagi ja teacher liza guna untuk panaskan susu ibu untuk bayi lagi sorang tu. warmer ni RM79.90, after 20% sale, kat Jusco jugak.



4. botol susu

botol susu yang aku ajar Syaurah semua dia nak. botol Medela, botol Tommee Tippee, botol Anakku pun dia ok ja minum. so aku beli Avent. pun dia suka! hehe (lega!), maybe sebab pacifier@puting Avent, so Syaurah lagi suka. botol Avent ni beli 3 botol dalam satu pack, ada sale dekat Manjaku, Bangi, dapat RM70.00 ja.



tu lah benda-benda penting, beg pakaian tu lagi lah WAJIB. aku prepare 4@5 helai baju (takot muak), tuala (tukar hari-hari), tuala kecil, pampers PET PET 5 helai, puting (tukar hari-hari), wet tissue, dan bib.

setakat ini, aku sangat puas hati dengan Taska tu. teacher liza pun hari-hari bagitahu cerita apa Syaurah buat. Hayfa (kat taska, panggil Hayfa) tiba-tiba jerit, bila dukung terus sengih (nak perhatian), Hayfa muak banyak, Hayfa minum susu banyak dan aku rasa sangat-sangat ok kat sini. usaha dah berbaloi, sekarang kami tawakal ja agar ALLAH melindungi Syaurah kami.

oh, kalau nak tahu, kami hantar dekat Taska Dunia Elit, telah berdaftar dengan JKM (itu paling penting!). boleh tengok FB dan Blog mereka. Taska Dunia Elit Blog. oh, aku hantar Syaurah dekat PUJ 6/4, baru bukak 2 bulan, baru ada 3 bayi yang ada playpen masing-masing, dan 3 budak besar. Hayfa siap dah ada buku sekolah. so comell!


11 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

salam lala. bila deliver baby? tahniah!! soo cute ur daughter. =)

Dulu Gadis, Kini Mama said...

deliver thun lepas dear.
23 oct. hehe tq!

Mr n Mrs Zaidi said...

OK KER TASKA NIE...AREA MNE YEK... LALA DUK AREA MNE

Dulu Gadis, Kini Mama said...

alhamdulillah, setakat ni ok nurul. area PUJ. lala duk dekat taman puncak jalil (PUJ 9), taska tu banyak kt area tu (lala hantar kat PUJ 6. yg nak bukak lg pun ada.

mrs irmidrza to be said...
This comment has been removed by the author.
mrs irmidrza to be said...

baiknya syaurah tak memilih botol susu..heheh..=)miza sokong isu brestfeed baby!!

btw salam kenal sis..miza b2b 2012 dtg melawat...

folo u sis..folo me back ya...

http://lildrwalimah.blogspot.com/

Dulu Gadis, Kini Mama said...

senang mama beli botol aper saja. hehe

done,dear!

Sya Sakura said...

bestnye syaurah pandai minum susu guna botol! Good girl sgt ni.. baby Z ngade sikit, botol MAM je yg boleh, tu pon lepas pkul 2 ptg dia 'puasa' dah.. bile mummy balik, terus tak dan2 nk menyusu dkt mummy.. haha..

Btw, bestnye jumpa taska yg boleh handle EBM. And registered dgn JKM, thats a bonus!! :)

aTy _faRed~ said...

warmer tu maknenyer kene ade dua ar ek..?? tuk umah sendiri dan hantar nurseri...??

Dulu Gadis, Kini Mama said...

sya: betul2, yg penting daftar dgn JKM. sng kalau aper2.

aty: lala beli satu ja buat masa skrg. kat umah, direct feed ja. klu outstation, lala amik warmer tu. ish, mahal warmer nk beli smp 2 huhu

orkidesa said...

Boleh tau tak berapa yuran dia?