Instagram

Wednesday, 11 January 2012

Labor experience (Nur Hayfa Syaurah)

Assalammualaikum dan morning,semua!

Aku rase aku nak start belog ini dengan my first labor experience. sudi baca? post pasal bersalin ni selalunya panjang-panjang!

Expected due date (EDD) aku on 4 November 2011 ( 2 hari sebelum Raya Haji). sebelum ke part unexpected, perlu aku nyatakan kat sini, aku dan suami aku ingat we're expecting a baby boy. dengan yakinnya, hanya Muhammad Qa'eid Adha di fikiran kami. (Qa'eid - Ketua, Adha - Raya Haji). Nama baby girl, ada jugak. cuma aku tak pernah terfikir nak menyatupadukan nama perempuan elok-elok.


tiap-tiap malam, memang dah jadi habit, jam 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi, confirm aku akan ke tandas. biasalah, bila dah dekat ni, kerap buang air kecil. Pagi 23 Oktober tu, aku bangun jam 6.00 pagi nak ke tandas, ada darah meleleh pulak. cuak!


aku tetap buang air kecil macam biasa, masa duduk kat tandas, tiba-tiba otak aku berligar semua cerita deliver yang pernah aku dengar dan baca kat internet. Yang pecah air ketuban, yang ada blood spot, macam-macam lah. Tapi aku maintain dengan menunggu sakit contraction.


nak kejut encik suami, tak sampai hati, dia sedang lena berdengkur, jadi biarkan aja. aku tunggu rasa sakit. Tak solat subuh lah aku, sebab darah yang keluar. (dah pakai pad). bila encik suami terjaga, aku kata
"Lala rasa Adik nak keluar hari ni". we used to called our baby, Adik, sebab takut dia kecik hati bila kami panggil Qa'eid. hmm, ada hikmah!
melompat laki aku!
"tapi tak sakit pun, biar dulu lah".


so, pagi tu suami aku settlekan semua kerja dia, handover mana yang patut. aku kena tinggal sorang-sorang kat rumah. suami aku mintak call bila sakit. tapi aku tak rasa sakit. ok, ada rasa sakit macam sakit perut nak cirit. aku cuba kira selang sakit tu, tapi tak konsisten pun. jap setiap 30 min, jap setiap 15 min. pastu aku malas dah nak kira.


sepanjang hari aku tak makan. tak lalu. cuma minta suami aku belikan bubur McD (makanan terakhir sebelum berpantang). Jam 3 petang aku tido sampai jam 5 petang, tu pun terjaga sebab rasa sakit pulak. oh, mungkin sakit contraction sudah mariiii!! aku call mak tanya, nak pergi hospital ke tak. kakak aku pulak bising kenapa tak pergi pagi tadi. Masalahnya, aku tak sakit!!


Jam 6 petang aku mandi dan siap-siap jugak ke hospital. Bag aku dan bakal baby memang dah siap pack sejak seminggu lepas. Dalam kereta, baru terasa sakit sampai cakap adui,adui,adui! tarik nafas ikut hidung panjang-panjang, hembus ikut mulut panjang-panjang. hmm, lega! Jam 7 tepat, sampai KPJ Kajang Specialist Hospital. and here the drama....


Beratur di Emergency Counter.

Lelaki itu: iye, boleh saya bantu?
Aku: Saya rasa saya nak deliver. Pagi tadi dah turun darah. (Suami aku senyap)

Lelaki tadi call someone, bagitahu keadaan seorang perempuan berjubah hitam biru, berselendang, muka tak cantik dan tersengih-sengih. oh, aku lah tu!

Lelaki tadi ambil wilcha (wheelchair) dan suruh aku duduk. dan tersengih-sengih jugak aku kena tolak ke labor room bertemankan suami aku yang kerut-kerut dahi dan kadang-kadang gelak tengok aku.

Sampai labor room, aku kena salin baju dan seorang nurse temankan aku. (tolong bukak dan pakaikan baju). aku namakan dia nurse 1.

Nurse 1: Baring dulu eh puan.
Aku: Nurse 1, mula-mula kena buat apa.
Nurse 1: kita nak check bukaan berapa, sebelum call Dr. Puan, dengan Dr. Ras kan?
Aku: a'ah. a'ah. (dalam hati, nak kena seluk dah!)

Aku baring. melalui pembacaan dan pendengaran, seluk itu sakit.

Nurse 1: Tarik nafas panjang-panjang ye.

Nurse 1 kerut-kerut dahi.

Nurse 1: tak sakit ke puan?
Aku: sakit macam sakit perut biasa ja.
Nurse 1: ni dah buka 8 cm ni.
Aku: ha?
Nurse 1: betul ke tak sakit? saya mintak nurse lain checkkan pulak ye.
Aku: (pulak)
Nurse 2: eh, ni dah bukak 8 cm ni. tak sakit eh?
Aku: sakit jugak tapi boleh tahan lagi.
Nurse 2: boleh lah, call Dr. Ras.



Jam 7.30 malam. aku dan suami aku ja dalam labor room. tangkap-tangkap gambar sikit. aku macam dah start sakit dan senyum agak kelat. (tak payah lah tampal gambar aku kat labor room kat sini, pucat!)

Shahril: Nurse 2, boleh tak saya nak pergi solat dulu?
Nurse 2: hmm, saya risau Dr. Ras sampai ja, dia pecahkan air ketuban, terus baby keluar.
Shahril: ok, saya tunggu dulu lah.

Masa ni, Nurse 1 tengah cucuk tangan aku, nak masukkan air, lepas tu, dia letak heart monitor untuk monitor baby's heart. ternyata agak tidak menentu sebab aku selalu tido mengiring (dah pernah baca jugak), so aku kene mengiring ja, baru degupan jantung baby ok. Dr. Rasliza sampai, dia terus siap-siap dan nak menyeluk.


Dr. Ras: baru 7 cm ni. tak sakit ke?
Aku: sakit. tapi boleh tahan lagi.
Dr. Ras: ok, kite tunggu 10 minit, tengok bukaan lagi. InsyaAllah.
Aku : ok.

Lepas 10 minit, di mana aku seorang dalam labor room tu, sedang tengok jam kat dinding. Terfikir jam berapa baby ni nak keluar. Mulut aku pun sering baca ayat Nabi Yusof dalam perut ikan paus tu, dengan teknik pernafasan yang betul. (aku rasa betul kot, sebab sakit pun kurang). Jam 7.55, Dr. Ras masuk semula nak seluk. Sebelum tu, Dr. Ras tengok mesin yang tunjuk sela contraction aku kot.
Dalam masa 10 minit jugak, Nurse 1 datang tolong seluk lagi. Nurse 1 kata dah 8 cm. hm, tadi dia check 8cm jugak. Nurse 1 jugak telah men'shave' miss V aku dalam masa aku tahan sakit.(malu). ternyata sakit yang dinantikan telah tiba.

Jam 8.05, Dr. Ras masuk labor room lagi. seluk lagi.

Dr. Ras: ok, dah 8 cm. kite tunggu 10 ye. kalau sakit, sedut gas lah. ok?
Aku: mane nak sedut gas tu?
Dr. Ras: ada kat atas tu, saya suruh husband awak solat dulu lah ye, boleh doakan awak.
Aku: ok. (sambil menyedut)

Dalam keadaan mengiring, aku sedut gas bila contraction datang. tiap kali aku sedut gas tu, aku jadi tertido dan longlai, tapi still dengar suara-suara yang ada dalam labor room tu.

Shahril: Lala, lala ok?
Aku: hm, dah start sakit sangat.
Shahril: takper, abg ada ni. abg doakan lala dah.
Aku: Abg ampunkan segala dosa lala tak?
Shahril: iye, abg dah ampunkan semua dah. Abg doa yang lala selamat lahirkan adik ok?
Aku: Ok.

Dr. Ras masuk lagi. aku harap sangat waktu ni, dah boleh teran (macam aku baca kat internet jugak). Dr. Ras kata dah 9 cm, tunggu 1 cm ja lagi. Dr. Ras kata kalau ada rasa nak teran, tahan dulu. Jam 8.35, aku memang dah rasa nak teran. aku dah kata kat Nurse 1 dan Nurse 2, aku nak teran.

Buat kali terakhir, Dr. Ras seluk dan bukaan dah 10 cm. waktu aku masih tahan sakit, baca doa, shahril berdiri sebelah kanan aku,usap kepala sambil kumat kamit baca doa untuk aku, Nurse 1 dah abis keje, Nurse 2 tengah buat ape ntah, Nurse 3 dan Nurse 4 muncul. Aku dah baring macam biasa, Dr. Ras berdiri kat tengah dua kaki aku, satu tangan aku tak nampak, satu tangan lagi kat perut aku. Nurse 2 mintak shahril bagi semangat dan banyakkan doa, Nurse 3 berdiri sebelah kiri aku, tengah bagi nasihat, teran jangan angkat bontot, Nurse 4 berdiri sebelah Dr., tengok-tengok kangkang aku (nak tengok kepala baby kot) dan Nurse 1 dah balik. aku tak pasti sama ada Dr. Ras dah pecahkan air tekuban ke belum. dah kot.

Dr. Ras: bila rasa nak teran, teran ye.
Aku: saya nak teran, saya nak teran.
Dr. Ras: ok, teran.
Nurse 3: pushhh,pushhhhhh, hasila!!!
Aku: ehemmmmmmmm (memang rasa macam nak membuang)
Shahril: pushhh sayang, pushhhh!!!
Nurse 2: lagi,lagi..push lagi hasila..pushhhh!!!!
Dr. Ras: Lagi...pandai,pandai...pusssshhhhhh lagi!!jangan jerit, push ja.
Aku: (sedang menge'push'). Nurse 3 tolong tolak kepala aku ke depan.
Nurse 3: pussshhhhh, jangan tutup mata, bukak!
Aku: dah tak rasa nak push. jap,jap. (bilik beraircond, tapi aku dah berpeluh)
Nurse 3: bila nak push, kepala ke depan, teran, dan jangan jerit. bukak mata.
Dr. Ras: whenever you ready. bila rasa nk push, push.
Aku: saya nak push.
Dr. Ras + Nurse 2 + Nurse 3 + Nurse 4 : ha, ok, push hasila!push!!
Aku: ha, takjadi push.
Dr. Ras: false alarm ye.
Aku: saya nak push.
Dr. Ras: ok,pushhhh!
Nurse 2: pushhh hasila, hasila, pusshhhh!
Dr. Ras + Nurse 2 + Nurse 3 + Nurse 4: kepala baby dah nak keluar!!! push lagi,hasilaa!!!

aku sememangnya dah tak larat nak push. tenaga takda. bubur McD tak cukup bagi tenaga kat aku. Nurse 3 bagi aku minum air kosong. Dr. Ras dah bagi signal apa ntah dekat Nurse 4. aku dapat rasa Dr. Ras macam suntik dekat dengan miss V aku. aku dah dapat agak. Episiotomi. (baca kat internet). gunting sikit bagi laluan baby keluar. Jam 8.50 sampai 9.00 aku push lagi, sama adegannya macam di atas. Nurse-nurse bagi semangat, jerit nama aku suruh push, shahril pun bagi semangat dekat aku. aku macam dah tak larat nak push.

tiba-tiba Dr. Ras kata, "push sekali ja lagi, sekuat hati." aku pun push dengan semangatnya. dannnnn lepas tu, tepat 9.15 malam, aku dengar suara bayi menangis. Nyaring. Perut rasa kempis dan lembik. Aku nampak Dr.Ras pegang dan angkat baby aku.

Dr. Ras: hasila, tengok baby, tengok baby apa.
Aku : (dalam keadaan penat, tutup mata, dengan confidentnya) Baby boy eh?
Dr. Ras + Nurse 2 + Nurse 3 + Nurse 4: heyyyyy, baby girlllll!!!
Aku : (tengok shahril) baba, baby girl!
Shahril: aah, baby girl. takper, janji semua selamat.
Aku + Shahril : (gelak)

Shahril disuruh keluar, nurse-nurse dengan kerja masing-masing. Nurse 2 timbang berat baby. 3.18kg. Tinggal aku dan Dr. Ras ja dalam labor room. Dr. Ras korek dalam dari miss V aku, nk buang uri. pastu tengah jahit luka aku. aku rasa jahit luka lagi lah sakit dari contraction tadi. sambil tu, dia tanya.

Dr. Ras: ingat baby boy? scan aritu saya kata baby boy ke?
Aku: saya scan dekat klinik biasa dulu, 2kali, nampak nonet.
Dr. Ras: saya scan nampak baby girl, tapi awak tak tanya jantina, saya pun tak bagitahu. takut nak surprise kan. keadaan baby ok, alhamdulillah dan syukur.  maybe yang nonet tu, tali pusat dia.
Aku: mungkin kot. hmm, Dr., rasa sakit lah kena jahit. terasa jarumnyer.
Dr. Ras: saya bius lagi ye, tapi bius nak gunting. bius tadi dah abis kot.

bila dah siap jahit, shahril pun dah telefon mak ayah kami bagitahu kami dah selamat, Nurse 2 datang bawak anak aku, dan letak dekat dada. Subhanallah. perasaan waktu tu, hanya Allah yang tahu. perasaan dihadiahkan pangkat IBU atau MAMA yang anak aku akan panggil aku nanti. tapi heran, aku tak nangis macam yang aku baca kat internet. Psiko jugak sebenarnya. ingatkan aku akan nangis, tapi tak. aku gelak sorang-sorang ja tengok anak aku kat dada ni.

Aku dipindahkan ke bilik aku selepas semuanya selesai. tinggallah aku, suami aku dan seorang bayi comel dalm bilik. malam tu, aku tak tido langsung. aku hantar sms pada semua orang, kata aku dah bersalinkan baby girl (yang semua orang terkejut jugak), aku tengok internet, cari nama untuk budak kecik ni sampai pagi, aku tengok tv tapi apa yang aku nampak ialah keadaan dalam labor room tadi. sakit tadi? aku dah lupa. tengok anak aku, aku sengih.


encik suami penat, tido dekat katil sebelah.


Niat hati mahu exclusive breastfeeding, (ni aku cerita later), tapi aku yang cetek pengetahuan ni, tak pandai nak susukan anak aku. tapi nasib dia tak nangis malam tu. kadang-kadang ja tiba-tiba dia jerit. lapar kot. lepas aku peluk, dia diam. sepanjang malam tu, dia tak nyusu pun. aku tak pandai, dia pun tak bangun. (ok, later aku cite pasal breastfeeding ni).

sampai sekarang, keadaan dalam labor room tu masih segar dalam kepala aku. korang tahu tak, masa Dr. Ras suruh aku push sekuat hati tu, rupanya baby aku kene vacuum. sebab aku dah tak larat sangat, tulah, siapa suruh tak makan.

oh ya, pengajaran. bakal mama perlu baca pasal pengalaman bersalin supaya lebih bersedia. baca jugak pasal postnatal. waktu berpantang adalah waktu paling mencabar masa jadi mama expecially when you're mentally breakdown and your husband are not around. (ni pun akan cerita later).

Dan selepas beberapa hari, my baby was named Nur Hayfa Syaurah.

It's really like a dream when my baby turns
from this
|
|
V


to this
|
|
V




can't wait to watch you grow, dear!

35 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Masyaallah.. sungguh terharu baca. Nak nangis pun ada.. Comelnya baby! Putih :) Tahniah dear. Sebenarnya basyee dulu pun bersalin dan meneran takde tenaga.. dekat sejam meneran sbb dari pukul 1 pagi tak makan, baby keluar kul 3 petg..
Apapun alhamdulillah semuanya selamat..
Salam ukhwah :)

Anah said...

Alhamdulillah..Senangnya lala nk bersalin..anah dr bukaan 5 nk tunggu 10 tu xsenang duduk dah..=) salam kenal ye:p

~PuAn NadiRa~ said...

uuu..sy scan pun lelaki..tiba2 dh jadi berbelah bagi..hihihi

lelaki ke pmpuan??:P

celebration of love said...

comelnye gegurl u... tahniah... :D
salam perkenalan..

~ NANA ~ said...

congrats! :)

masyaAllah, cute baby girl :)

..DeeYana.. said...

sgt terharu baca..air mata sy siap bergenang lagi part awak minta maaf kat hubby n time nak push tu..mcm mn laa sy nnt ek..semoga dipermudahkan semuanya..insyaAllah..nway, bb awak sgt cute ok!! ;)

Dulu Gadis, Kini Mama said...

assalammualaikum kawan baru.
basyirah, anah, nadira,nana, deeyana dan celebration of love? hehe kene blogwalking dulu ni!

nk ceritakan kisah ni,mmg teriak pun, terkenang2 huhu

Fifie said...

tahniah..fie dulu pon mcm ni..bersalin tpi x larat dah nak push..doc vacuum sikit..

mmg smpi sekarang..ziyan dah nak turn 5mo pon masih teringat cara nak bersalinkan dy :)

Dulu Gadis, Kini Mama said...

fie: patot makan byk2 kan. dh ler lepas tu, pantang. hehe

nYomeL said...

alhamdulillah.. terharunya baca entry ni. nnt syaurah dh besar, bole la dia baca pengalaman mama dia bersalinkan dia kan?

hilang sume rase sakit tgk muka comel syaurah kann..??

aTy _faRed~ said...

comelnyer..!!!! sangat2 comel..:) saye pon baby boy..tapi tetibe terpikir..tah2 baby gurl macam awak..:) saye amat2 suker bace pasal pengalaman beranak orang lain since pegnan ni[seingat saye sejak masuk 5 bulan pegnan] alhamdulillah..yang dolu2 takut giler sangat tu dah kurang biler bace pengalaman orang..:) neway..even dah lame..tapi nak ucapkan tahniah jugak..:)

Sya Sakura said...

Comel senyum mata sepet.. cheeky sgt!! :)

jihan said...

hai salam perkenalan semua orang ada pengalaman bersalin mereka masing2 n xkan luper sehingga ke akhir hayat...tq follow saya..i follow u back..!!!;)

Mr n Mrs Zaidi said...

SALAM PERKENALAN...BANYAK INFO DRI PENGALAMAN SIS NIE...RISAU PLK SY, MCM MNE KEADAAN SY NNT...HUHUH..ANYWAY COMEL UR BABY...

Dulu Gadis, Kini Mama said...

kak bushra : nnt syaurah besar, suh dia baca lak heee

aty: tq! nnt share aty punyer experience pulak tau!

sya: biler gelak ja, mata syaurah jd sepet. hehe

jihan: hm, betul2. tq dear.

mr and mrs zaidi: takper, doa byk2 tau. mintak doa suami k. tq, ur baby nnt akan comell jugak!

Cikpuan rara said...

Allahhuakbar,menitik air mata rara baca entry ni.1st tyme menanges baca entry org.congrats sis.Ya Allah mmg comels baby.congrats lagi skali.mcm mana lah rara nt.

Dulu Gadis, Kini Mama said...

hai rara! ni lala!hehe
mmg smp skrg terbyg2 situasi tu. nnt rara merasa lah!
ternyata berbaloi biler tgk baby sengih2 skrg. hehe

Lara Shamsyul said...

Ahamdulilah semuanya dpermudahn..syahdunya...

myaini said...

suka baca pengalaman orang bersalin ni.....comey sanagt baby!!

Miss Sunshine said...

Comelnya baby girl....
Rasa ngeri pulak bila baca pengalaman orang bersalin ni... Sebab tu kita kene hargai ibu kita kan...

Intan said...

mudahnyer awak nak bersalin..kiter samalah lala..biler doc letak bb atas dada, tak nagis plak..asryk senyum jer..pelikkan,hehehe

PUAN SUE said...

su nangis bace entri ni....heee..berdebar2 sgt ni..dh 37 minggu ni

Liyana said...

bgenang air mata bace entri ni, huhu
berbaloi pengalaman tu sbb dpt bby comel sgt :)
tkt nk tempuh pengalaman sndiri lg +-4bulan lg, hoho

Miss Ika said...

Your baby sangat cute.
Congrates. :)

Little kelip-kelip said...

congrats...pengalaman yg xthingga...tp rs takut la bile baca ada gunting n jarum...seriau...huhuh

✿ pink velvet ✿ said...

wahhh~ congrats! tp tkot pulak baca ni, huhu

MaryaYusof said...

Salam dear,

Terjah dr blog CikPuan Rara... Mmg pengalaman yg xdpt dilupakan oleh mana2 ibu di dunia ni... Nice entry :) Baby yg comel... Berangan nak bb girl juga ni :)

Dulu Gadis, Kini Mama said...

anda semua, percayalah. sakit itu sementara. ada org 1 jam, ada orang 1 hari. tapi bukankah kebahagiana selepas itu berpanjangan? insyaALLAH.

nanti bersalin anak kedua, rasa lagi. hehe

mas saari said...

pengalaman bersalin memang satu saat yang sukar dilupakan...

Ly.Z said...

sungguh terharu bila bace kisah ni.best gk dpt share pengalaman bersalin ni yer..

salam perkenalan:)

Anonymous said...

Salam.. Cute nye baby!!!
Leh x share cost hospital awal ngn dr raz? Monthly checkup ngn die pon brape?

Sue said...

tahniah...

nk tanya, penah tak request nak snap pic masa bsalin tu? doc bagi tak.. sy insyaallah akan bersalin kat kpj kajang jugak under dr.bala..bulan 1 nanti. 3 org anak da bsalin kat gov, kali ni nak private..n kalo bole mmg nk record vid n snap pic dlm labour room... tp belom tanya doc lagi eehhehe

annuranna couture said...

salam..hi saya ena...berdebar2 rasa bila baca entry awak ni.. hehe..actually berair jugak mata ni terharu akhirnya selamat melahirkan bayi...
saya tengah pregnant anak first, now dah 28 weeks, tengah nak decide nk deliver kat mana. so nak tanya, kt kpj kajang ok ke bersalin. actually sy pun selalu check up dgn dr rasliza..

Dulu Gadis, Kini Mama said...

mas: betul2!

hai dear: selamat berkenalan jugak! saya lala.

anony: hai dear, monthly check up dalam Rm100+ kalau ada supplement ke. tapi kalau consultation mula2 rm60. dah lama-lama, rm50.

sue: depends pada doc kot. try lah tny. husband lala lak yg tak berani nak tangkap gmbr masa deliver. sebelum dan selepas, dia ok. hehe

hai ena! lala rase ok sangat dengan dr raz. dia sangat-sangat calm. calm dia tu unpredictable skit. sebab dia kan jenis tak bercakap sangat, tapi kat labor, dia bg semangat nak push tu, releks ja. hehe

Fadia Ayesha said...

oh my God babe. I nangis baca your post. Teringat masa deliver my first baby. 2nd baby otw, inshaAllah. But serious cool sangat bila you cerita dah 8 cm you boleh ckp tak sakit sangat. Allah permudahkan everything for you babe. :) Masa I 8 cm, I dok merengek mcm budak kecik. Siap ckp kat diri sendiri, kene ayat surah yunus ni tak rasa kurang sakitnye..ehehehhe.. COngrats to you.. Your daughter dah turn 2 years kan?