Instagram

Wednesday, 5 September 2012

Post-Pregnanct Weight - Memang masalah besar aku!(entri panjang)

Assalammualaikum dearies!~


Selamat Hari Raya! Maaf diminta sebab selalu sangat tak update blog terchenta ni. Korang pulak, jangan ingat aku tak baca apa korang tulis kat blog korang yeh...jaga-jaga! Haha aku sekarang rajin membaca dari updating my blog! Tak menyempat!

oh, ya! I Love Instagram!!! @mamasyaurah. sorry, follow by request. hehe Tapi jangan segan silu nak request k! and korang wajib follow instagram Scarfla aku tau. @scarfla.


Anyway, dari dulu lagi nak kongsi tentang Post-Pregnancy Weight ni! Betapa kecewa hati bila berat naik taknak turun-turun. Betapa hancurnya bila macam-macam kata orang mengata aku tau! Tetapi betapa bahagianya bila dapat makan tanpa pedulikan sesiapa! Haha


Dulu masa belum kahwin, berat aku yang paling berat, 45-48 kg. TAK PERNAH SAMPAI 50kg ye!
Segalanya bermula selepas berkahwin! Jeng, jeng, jeng!






Gambar di atas, dah nampak besar sikit dah. Bila pregnant, berat aku mendadak-dadak dan terus dadak sampai 70kg! Total gaining is 17kg we! *bila cari-cari, aku tak banyak gambar masa pregnant*


gambar ni memang betul2 aku dapat tahu, aku pregnant!
eh, perut pun slim!






ni dah 8.5 bulan!heehee





kalau tengok, gambar sekarang, macam sama ja! dan berat aku sekarang 60kg we!









sekarang susahnyaaaaa nak turunkan berat badan we!
sapa ada cara nak turunkan berat badan dengan kaedah selamat dan tidak mengganggu lactation of breastmilk?

Wednesday, 4 July 2012

Swimming Suit Syaurah!

Assalammualaikum dearies!

disebabkan ramai pulak yang tanya, mana beli Swimming Suit Syaurah tu, meh aku bagitau!

kat sini,

My BB Clothing


Selamat Shopping!

*tengah nak buat satu entry best ni* HAHA

Tuesday, 22 May 2012

Sexy Syaurah in the Swimming Pool

Assalammualaikum dearies! 

Tajuk macam best ja nak tengok kan? naseb baik anak aku baru 7 bulan! 

First time bawak Syaurah mandi kolam kat Kelab Komuniti Cyberjaya (fee RM5 seorang, baby free). Sebelum ni asyik mandi dalam bathtub dia, dan kami sangat takut nak bagi Syaurah mandi kolam sebab khuatir kandungan klorin lah, neck float tak beli lagi lah, Syaurah kecik lagi lah, takut Syaurah cuak lah. 

Tapi bila Syaurah dah 5 1/2 bulan, neck float dah beli, swimming suit dah beli, kami dah excited gila dan bawak Syaurah pergi swimming pool dan Just look at my Syaurah how's ready she is!


















Bila dah sampai jam 815 pagi tu, tengok-tengok takder orang langsung. Hanya kami anak beranak ja ada. Punyerlah seronok lompat-lompat! Kami pakaikan Syaurah neckfloat, dan lepaskan dia. Ingatkan Syaurah takot, sekali dia bersuka ria. Siap boleh lepaskan Syaurah bermandi manda sorang-sorang, dan mama & baba boleh mandi sama-sama (korang jangan fikir bukan-bukan ha!). Maksud aku, betapa seronok dan bebasnya bila takder orang lain. So, conquer the swimming pool!





















Setakat itu ja gambar dalam swimming pool , sebab aku lak terjun dalam kolam!HAHA dalam jam 9.00 pagi, baru ada orang lain datang. Aku pun dah segan sebab anak-anak akak tu macam gelakkan kami sebab buat-buat berenang kat kolam budak, sambil bergerak menggunakan tangan. (ingat orang luar kolam tak nampak kita macam crawling ja dalam kolam tu) HAHA


p/s: susah nak mandikan Syaurah sebab mana ada tempat mandi baby dekat Bathroom. Next time, perlu bawa Bathtub dia. senang.


p/p/s: for Breastfeed baby, make sure mommies pump susu dulu k, baby confirm lapar selepas mandi, kita pulak baru terkial-kial nak pergi bersihkan diri (kan kena syampu bagai lagi), sementara tu Baba boleh tolongkan bagi susu dalam botol tadi.


Tido lena (penat dan kenyang)



credit : Neckfloat dibeli di Lil' Rayyan Boutique (FB), sila google.
Scarfla (Beautiful Hijab) Fanpage


Monday, 21 May 2012

Majlis Berendoi & Cukur Jambul Nur Hayfa Syaurah

Assalammualaikum dearies! 

 Lamanya tak update blog. nak cerita pasal Majlis Berendoi & Cukur Jambul Nur Hayfa Syaurah. Majlis ini office aku buat, so ada 11 baby. sangat meriah! sangat awesome! dan yang tak awesomenya, Majlis ni sebenarnya last month tapi diupdate hari ini. Hari ini free sikit. 


Sekadar renungan kejap, 

Di dalam Islam, amalan mencukur rambut bayi, menyembelih haiwan (akikah) dan memberinya nama pada hari ketujuh kelahirannya, hukumnya adalah sunat. Ia bersandarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Anak yang baru lahir menjadi tanggungan sampai disembelih baginya akikah pada hari ke tujuh kelahirannya. pada hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya dan diberi nama.'' (Riwayat Ahmad dan Tirmizi). Namun pada hari ini, mencukur rambut itu dilakukan bersama-sama majlis lain seperti berendoi, marhaban, berzanji dan sebagainya. 


Jom, tengok Syaurah dalam boyan! (ejaan orang perak).

p/s: Syaurah memang tak pernah tido dalam boyan.


Hairan sekarang berada dalam apa.







collegues!








pump susu siap-siap.
*tengok, baju kami sama!*







favorite toy








Adegan 1







Adegan 2 








Adegan 3






Adegan 4





Gambar-gambar collegues yang turut potong rambut Syaurah. Syaurah dah cukur dah masa jatuh pusat (umur 10 hari), jadi Majlis ni just potong sikit jalah rambut dia. 


 Cik Mawar






Mummy Nad







My Boss, En. Nizam





'Akak' Puteri menggelabah. Adat pertama dia join. 








Syaurah dah tertido masa ramai-ramai potong rambut dia,
sila lihat gambar-gambar di atas lebih teliti haha 







Dapat duit syilling dalam bekas tupperware! 





Pendek kata, Seronok!


p/s: Scarfla (Beautiful Hijab) FB's Fanpage

Sunday, 25 March 2012

Happy 5 month young, Syaurah!

Assalammualaikum dearies! 


Short entries untuk hari ni. banyak pulak kerja nak settlekan cepat-cepat sebab bulan April aku banyak keluar office. so, here present for you my budak kecik, it's a shoes!!


A shoes that can only fits you in another 2/3 years. Mama geram sangat sampai taknak lepaskan kasut size 13 cm ini walaupun kaki Syaurah baru 8 cm. Beli dekat Facebook. Korang boleh search 'Ain Trisya Butik'. aku suka tengok-tengok dan beli kat situ. productnyer rare dan limited! itu yang aku suka, so takder tiru-tiru ha!







Tahu apa Syaurah kata?

Thank you, mama!

oh, Baba bought Lullaby ape ntah. Giler online shopping jugak dah!

Monday, 19 March 2012

(Entri Banyak Gambar) Personalized Calendar by Sis Nyomel - Terbaik!!

Assalammualaikum and morning! 

Sukacitanya aku nak cerita satu entri hutang. bukan entri hutang yang aku hutang nak cerita, tapi entri aku hutang kat Kak Bushra! (hehe). Kak bushra atau dikenali sebagai Sis Nyomel telah menawarkan perkhidmatan Personalized Calendar Bagi Tahun 2012 bukan secara percuma. (hehe) ok,ok, saja skema. aku cerita macam orang normal k! 


Bila ternampak ja iklan kat blog Kak Bushra, aku pun gedik nak jugak! I heart personalized or custom made thing! Berjaya jugak aku jadi salah 30+ orang yang tempah, niatnya nak bagi hadiah Anniversary. Nak tengok? Silakannnnn...

 Kita mulakan dengan Muka Depan Calendar






















































Ini Muka Belakang pulak. Ada Calendar Tahun 2013




Jangan Ingat Calendar Januari hingga Disember, gambar depan belakang macam Calendar yang ada di pasaran ye! sebab setiap bulan, gambar di belakangnya berbeza-beza! Jom, tengok gambar kat belakang setiap bulan pulak! Silakannnn....

















































Sangat puas hati kan ada calendar gambar kita sendiri, banyak pulak tu! Kak Bushra kata bagi ja dalam 40+ gambar dan dia akan masukkan sebanyak boleh dalam calendar. Memang berbaloi-baloi! Masa aku tengok draft calendar, sangat ler terharu sampai nangis, sebab Kak Bushra pandai letak gambar yang sesuai untuk setiap bulan, walaupun aku cuma minta, khas untuk bulan Februari, aku nak gambar kami kahwin (Anniversary kan..), tengok-tengok, bulan August gambar aku dengan Syaurah, bulan Julai gambar Baba dengan Syaurah, bulan Oktober gambar Syaurah! Birthday kami!


Kalau korang nak, kena tunggu tahun depan lah pulak! Kak Bushra pun buat untuk diri sendiri tiap-tiap tahun. so, baik korang follow dan link Kak Bushra siap-siap! Takot Kak Bushra hanya amik limited order  untuk Tahun 2013 jugak.


Calendar untuk tatapan dan pandangan mata. sayang nak conteng-conteng!



Oh,yah! aku siap tempah 2! sebab satu untuk aku, satu untuk Baba Shahril. Kalau bagi hadiah Anniversary untuk Baba sahaja, nanti aku jeles! (hehe). Aku letak kat office, semua pakat berkenan! aku? promote lah! Harga? tunggu lah iklan Kak bushra nanti!

p/s: Siap lah Kak Bushra tahun depan nak buat calendar 2013 banyak!! hehe