Instagram

Monday, 7 July 2014

Punca dan cara atasi Eczema

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan,

Kalau korang nak tau, Nur Hasna Syauqina yang kami panggil tautina, ada eczema.

masa baby lagi tautina ada eczema. mula-mula risau sangat bila tengok muka tautina merah-merah. dari merah-merah, jadi keras. paling teruk, bila tautina asyik garu-garu muka dia walaupun pakai mittens. bila bawak pergi klinik, Dr. masih tak sure sama ada rashes atau memang eczema. aku lagi lah. Syaurah mana ada history eczema ni.

kali kedua bawak pergi klinik dan masa sebulan umur tautina, Dr. sahkan memang eczema. sebab siap ada kuping-kuping kat kepala tautina. kesian sangat. bayangkan kegatalan dia. Dr. bagi ubat untuk baikkan muka dia. tapi bila pakai sekali, baik sekali. pastu jadi lagi. waktu tu aku risau kalau-kalau pengambilan shaklee yang buat dia still jadi. so, aku stop sekejap. (aku ambil Alfalfa, B Complex dan Vitalea masa pantang).

abis pantang, aku bawak tautina pergi jumpa Dr. Afifah di Kajang Plaza Medical Centre. aku rasa Dr. Afifah lah paling tenang bila jumpa tautina. kebanyakan Dr. yang jumpa tautina akan cakap macam ni...

"eh..kenapa jadi macam ni?"
"lorrrrr.....gatal ke ni?
"teruknyer...."

korang nak tengok muka tina?

 boleh enlarge untuk lebih dekat. 
bila tengok gambar ni, aku boleh bayang betapa dia gatal. tapi dia cool.
tangan dia still garu-garu, tapi masih boleh sengih. tapi ni muka lepas cucuk. memang agak emo.


tapi bila Dr. Afifah tengok tautina, ni yang keluar dari mulut dia..

"oh sayang... such a beautiful baby with eczema..." sambil urut-urut muka dan kepala tautina.
"she's a puteri lilin..."

Dr. Afifah check condition tautina, dia kata...

"mama, dont you worry. your baby just having a eczema but it will disappear more or less within a year. but it will come back for sure. So,  what you as a breast-feed's mom should do is taking care all your food intake. No wheat-based food, no seafood, no soya, ha.. no bedak-bedak too! and mama, your daughter lung and everything is perfect. dont you worry, mama" 

Serious lega dengan Dr. Afifah kata gitu. huhu hati ibu weh! Memang lepas tu, aku checkup or cucuk dengan Dr. Afifah jew! Tautina favorite's paed now! kalau korang nak tau, Dr. Afifah ni tak pernahkan bahasakan diri dia Dr., tapi bahasakan diri dia , makcik.

"hai sayang...makcik nak check dada sekejap eh"
"sorry sayang.... jangan marah makcik cucuk eh..."
so funny!

Sekarang, memang aku agak menjaga makan lah. makanan berasaskan gandum tu aku tak kisah sangat. tapi seafood........ memang terliur sangat! tapi redha itu ikhlas........
aku makan shaklee balik, aku jaga makan, kalau nak try something, memang kena test-test dulu. tapi seafood especially sotong, memang aku tak berani sentuh. sebab cepat terus naik eczema tautina kalau aku makan. (pernah curi makan 3 ketul sotong goreng tepung).

aku letakkan sedikit maklumat yang aku tahu tentang eczema terutama punca dan paling penting cara atasi termasuk mandian dan bedak gantian bagi tautina. (credit to google)

Punca Eczema
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
Aku rasa tautina dapat eczema dari baba dia yang ada asma or semput. huwa huwa.


Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan eczema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
-Mengawal kitar eczema dengan melembapkan kulit.
-mengubati keradangan

Langkah-langkah pengawalan harian
-elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
-gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.



 Untuk mandian tautina, aku guna Cetaphill dan untuk losyen badan aku guna Ellgy. 







comel kan tautina sekarang!